Tuesday, November 16, 2010
Cukup sukar untuk mengatakan tidak.
Saturday, September 18, 2010
Syari'at di dalam hati perlu dihargai dan dibajai..
Lembutnya hati, kerana kekerasan hati..
Hati sentiasa keras kerana malu dan takut akan Pemilik mutlak hati,
Perlu sentiasa nyatakan keyakinan, istiqamah berpanjangan dan tawakkal bilamana hati sudah menyatakan ketegasan..
Hati tidak akan mudah tertarik dengan hanya secebis kata2, menuju ke arah fitnah yang boleh mengeruhkan cahaya di dalam hati dan apa2 yang boleh menjauhi diri dari rahmat Allah..
Akar di dalam hati perlu sentiasa dipateri dengan zikrullah..
Kekurangan dan kelebihan adalah fitrah semulajadi manusia yang tidak sempurna..
Tidak perlu mengejar kesempurnaan, tetapi sebaliknya sentiasa menutupi kekurangan yang ada, disamping memperelokkan kesempurnaannya..
Perlu diingatkan supaya setiap kelebihan perlu disyukuri semata2 kerana Allah, dan tiada rasa hinanya diri apabila diperbetulkan..
Jadilah, seperti kedua2 tangan yang sentiasa membersihkan apabila tangan yang sebelah lagi, perlu dibantu untuk dibersihkan..juga deria rasa yang seiring dalam berkongsi dukacita..
Semua insan mampu untuk berkongsi kegembiraan, tetapi amat sukar untuk berkongsi perasaan dukacita..
Berpesan2 lah pada kebenaran dalam kesabaran..Jangan terlalu berlembut, perlu ada ketegasan pada setiap kelembutan.Rencahnya adalah sabar, masa, kemaafan, dan merintihlah pada Allah pada setiap bantuan, pertolongan dan rintihan..
Telah hadir nikmat Iman dan Islam dalam hati sanubari insan bagaikan buih2 lautan, pada permulaannya..
Kini dan sehingga lah segala nikmat di dunia ini bakal berlabuh, nikmat Iman dan Islam dalam hati sanubari insan masih lagi seperti buih2 lautan banyaknya..
Biarlah kesanggupan dalam diri adalah seperti buih2 lautan..Kerana ia adalah satu2nya jalan menuju keredhaan Ilahi..
Tidak akan ada kegelisahan, keresahan, kebimbangan, dan ketakutan..
Kerana semuanya disandarkan pada KHALIQ..
Ku sentiasa husnu dzhon pada Allah, kerana segala jawapan ada padaNYA..
Segala yang berlaku adalah ujian dalam mentarbiah diri bagi meningkatkan martabat kehambaan diri pada Allah, menjadi insan yang sentiasa di sayangi dan dikasihi oleh ALLAH..
Tidak perlu menoleh ke belakang, tetapi sebaliknya pujuklah hati supaya sentiasa berusaha dan bertawakkal pada jalan Allah..
Sesungguhnya, Syari’at Allah adalah Indah..Saturday, July 3, 2010
Edcoustic..Muhasabah Cinta
Friday, March 26, 2010
Tuesday, March 23, 2010
Hari ini dan pelangi
Sepoi-sepoi bahasa, tiupannya..Syahdu sekali..
Kelihatan, sang mentari tidak mahu mengalah lagaknya.
Pancarannya amat bersinar. Memberi kilauan pada mata ini.
Ia memberi satu semangat yang luar biasa.
Entah, mengapa. Tanpa disedari..
Kabus datang menerjah dan menutupi sang mentari..
Ia masih mampu, memberi kesenangan di wajah ini..
Tidaklah terlalu bersinar, tetapi cukup sekadarnya..
Di mana pelangi??...Ditunggu-tunggu, tapi masih belum kunjung tiba
Mungkin, belum masanya lagi , bagi pelangi untuk kelihatan warnanya...
Kata-kata 'syukur' adalah kesenangan hati ini..
'Amanah' dalam setiap langkah menuju perasaan 'syukur'
Wednesday, February 17, 2010
Tinta Sal Humaira
2) Kecantikan 'hati' yang bersandarkan kepada Allah s.w.t mampu menerbitkan kecantikan lahiriah dengan akhlak yang murni.
3) Dosa adalah apa2 yang diri anda tidak suka @ tidak mahu orang lain ketahui.Ia hanya diketahui oleh 'hati' anda.
4) Tafsiran dan pandangan pertama seseorang anak Adam kebiasaannya mulai terbentuk daripada pandangan lahiriah . Tetapi, bagaimana dengan pandangan hati?? Akan dibukakan hijab dan diberikan 'nur' serta Ilmu untuk mereka yang sentiasa hatinya bersih dan suci.
5) Pandangan lahiriah terpancar dari kemurnian akhlak yang nawaitu pada diri setiap anak Adam itu, kerana Allah s.w.t. Sebagai seorang remaja muslimah, pandangan dan pemakaian lahiriah adalah cernaan atau signifikan daripada perasaan tawadu', tunduk dan patuh dengan suruhan Allah; Menjaga batas2 aurat serta batas2 pergaulan terutamanya diantara nisa' wa syabab.
6) Tidak ada istilah ekstrem dalam mempraktiskan suruhan Allah sama ada dari segi pemakaian dan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Biasakan diri untuk sentiasa merindui dan berlumba2 merebut kasih sayang Allah. Misalnya, sentiasa menunggu2 laungan azan untuk bertemu dengan Allah, menghidupkan sepertiga malam dengan tahajjud dan takut serta malu dengan balasan membuka aurat dan percampuran sosial yang mengundang kearah fitnah dunia.
7) Tanamkan dalam diri untuk menjadi yang lebih baik di mata Allah. Abaikan pandangan dan penilaian manusia, selagi mana ia berteraskan akal dan nafs.
8) Sesungguhnya, kehidupan setiap insan adalah menuju redha Allah. Redha Allah adalah tunjang utama kehidupan setiap muslimah.
9) Jadikan amalan diri muslimah pada hari ini, lebih baik dari hari semalam & amalan hari esok, yang lebih baik daripada hari ini..
Salam tazkirah, daripada Mujahidah Muslimah
Tuesday, February 16, 2010
Tanggungjawab seorang Muslim kepada Muslim yang lain..
Barang-siapa melepaskan kesusahan seorang muslim dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; barang siapa memudahkan seorang yang mendapat kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat; dan Allah selalu akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya.
(riwayat Muslim).
Dalam hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Hak seorang Muslim atas seorang Muslim yang lain ada enam. Di antara para sahabat ada yang bertanya: Apa saja ya Rasulullah? Baginda menjawab:
1)Bila kamu berjumpa dengannya ucapkan salam.
2)Jika ia mengundangmu, penuhilah.
3)Jika ia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah.
4)Jika ia bersin dan memuji Allah hendaknya kamu mendoakannya.
5)jika ia sakit jenguklah.
6)jika ia mati hantarkanlah jenazahnya.
(riwayat Muslim)
Mengapa wanita menangis- Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah
1) Punca wanita menangis.
-Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
-Mengurangkan stress.
-Tanda keinsafan @ penyesalan.
-Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya.Daya tumpuan akal seseorang wanita , banyak dipengaruhi oleh emosi s/ada ia memberi kesan baik @ pn buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2 @ 3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2) Kesan tangisan.
-Dapat perhatian
-Suasana rumah tangga tergugat.
-Lelaki jadi bingung.
-Orang lain dapat mesej.
-Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry..
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira..
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1) Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih
= Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2) Selalu berdoa kepada Allah.
3) Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4) Sentiasa tersenyum - Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati - Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. ( Ia terpendam dan terbuku dalam hati. )
Kena cari punca tangisan.
- Ramai yang tidak tahu, bahawa apabila seorang suami menaikkan suara s/ada sedar @ tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.
.........Kembali senyum..........
Saturday, February 13, 2010
Tinta Sal Humaira
Yang kita sebut itu, doa
Yang kita fikirkan itu, doa
Yang kita yakin itu, adalah juga doa
- Biasakan berdoa... Doa adalah suatu aura yang terbias dari hati nurani yang suci bagi seorang insan. Sentiasa sayang dan menyayangi lah kepada semua makhluk di atas muka bumi ini dan maafkanlah setiap kesalahan orang lain terhadap dirimu. Nescaya, akan terbiaslah kasih dan sayang makhluk terhadap dirimu dan juga terpantul lah NUR dan kasih sayang Allah terhadap dirimu juga..
Friday, February 12, 2010
Motivation by name..
Salwa- Penghibur madu lebah
Pengubat rindu dan kasih buat walid dan ummi ku,
Memberi cahaya kegembiraan dan ketenangan pada insan yang hampir disekitar ku,
Memberi kebaikan dan kebahagiaan pada insan yang berada disampingku,
Diri ini, perlu untuk sentiasa husnu dzon sentiasa, InsyAllah
Kerana, pada setiap husnu dzon itu, terdapat doa di dalamnya..
Rindunya pada mummy dan daddy. Tak tergambar rasanya kerinduan di hati ini..Serta tak lupa buat pengubat jiwaku, akhi ku, Muhd Faisal dan Muhamad Shakir..Sayangku pada ukhti, Nur Saerah..baiti jannati
Tinta Sal Humaira
- Setiap teguran yang diberikan adalah satu peringatan daripada Allah untuk menyatakan kelemahan diri supaya bertindak untuk berubah, mengejut minda supaya sedar & ujian pada diri supaya sentiasa kuat berusaha.
Kerinduan hati..
Dalam hati ini , tersawang segala perasaan dan memandu arah setiap langkah,
Bila mana hati mu sakit atau disakiti, Dirimu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada-NYA
Bila mana hatimu resah dan sengsara, Dirimu sentiasa mengharapkan pertolongan daripada-NYA
Dan bila mana hatimu terpaut pada ciptaan-NYA, Biarlah pautan itu kerna mengharapkan keredhaan-NYA
Bila mana hatimu merindui dia, Biarlah kerinduan itu kerana-NYA
Bila mana, kerinduan itu pada dia yang belum muncul lagi dihadapan matamu
Itu memang susah dijangka..
Itu lah hati, yang perlu sentiasa sabar dan syukur apabila diuji..
" Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu"
"Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu"
"Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu"
Setiap doa pastinya menjadi pahala sebagai bekalan di akhirat kelak.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
Wednesday, January 27, 2010
Syukur bila diberi ujian, dan sabar apabila berhadapan dengan ujian..
Saya perlu bemujahadah untuk,menyempurnakan Iman saya..Saya tidak akan berkompromi sekiranya ia membabitkan diri saya, dan ad-diin..Saya belajar untuk sentiasa husnu zon @ berprasangka baik, kerana itu doa saya.
Azam saya adalah untuk:
1) Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.
2) Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lain.
3) Maafkan orang lain yang berbuat salah pada kita.
Saya bersandarkan pada Allah dan semakin mengharap pada-NYA.Semoga saya sentiasa istiqamah dalam meniti tahun 2010 m ini......Ameen
Sunday, January 24, 2010
Dari sahabiyah kepada sahabat
......Ukhwah Itu Indah.Kekalkan ia sehingga ke Husnul Khotimah......
Perkongsian Ilmu
Ilmu yang sebenar2 nya, adalah ilmu yang mampu menyuburkan kemanisan iman.Untuk mendapat kemanisan Iman, perlu tajamkan 'hati'. iaitu dengan cara menjaga 'hablum min Allah'. Jadikan setiap tindakan yang kita lakukan sehari2 adalah ibadah dengan 'nawaitu' kerana Allah. Sentiasa menghambakan diri kepada Allah.Tidak kira ilmu yang kita belajar itu adalah Ilmu fardhu A'in atau Ilmu fardhu kifayah.Yang perlu diutamakan adalah setiap Ilmu yang dipelajari adalah untuk mendapat redha Allah.
2. Hadith daripada Abu Hurairah r.a,katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda " Di antara keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna/tidak elok kepadanya".
Ada perkaitan maksud hadith ini, dengan jawapan bagi soalan pertama. Nikmat Iman yang sebenar2nya adalah mempraktiskan setiap tindakan berpaksikan wahyu Allah. Tidak sempurna Islam dan Iman seseorang itu selagi mana ia menuju maksiat dan 'lagho' atau membuat perkara sia2. Itulah yang dimaksudkan dengan 'niat/matlamat tidak menghalalkan cara'.Ia tidak bermaksud selagi niat /matlamat seseorang itu baik, maka segala amal perbuatan juga semestinya baik dan 'halal'. Perlu, diperincikan adakah tindakan kita itu, mendapat tempias fitnah dunia atau pun juga menghampiri zina??Paksikan setiap tindakan yag dilakukan adalah bersandarkan kerana Allah dan sentiasa berada dibawah naungan redha Allah.
p/s: Hujah berdasarkan ayat Al-Quran dan hadith, akan diedit kemudian..
Sunday, January 17, 2010
Saturday, January 16, 2010
Ta'aruf, Tafahum & Ta'awun
1) Ta’aruf
Apa jadinya ketika seseorang tidak mengenal orang lain? Mungkinkah mereka akan saling menyapa? Mungkinkah mereka akan saling menolong, membantu atau memperhatikan? Atau mungkinkah ukhuwah Islamiyah akan dapat terwujud ?
2) Tafahum
Memahami, merupakan langkah kedua yang harus kita lakukan ketika kita bergaul dengan orang lain.Setelah kita mengenal seseorang pastikan kita tahu juga semua yang ia suka dan yang ia benci. Dengan memahami kita dapat memilih siapa yang boleh menjadi kawan bergaul kita dan siapa yang harus kita jauhi.
3) Ta’awun
Setelah mengenal dan memahami, rasanya ada yang kurang jika belum tumbuh sifat ta’awun ( saling tolong menolong) . Kerana inilah yang akan menumbuhkan rasa cinta diri seseorang kepada kita.Bahkan Islam sangat menganjurkan kepada umatnya untuk saling menolong dalam kebaikan dan taqwa.Rasulullah saw telah mengatakan bahawa bukan termasuk umatnya orang yang tidak peduli dengan urusan umat Islam yang lain.
Taa’ruf, tafahum dan ta’awun telah menjadi inti penting yang harus kita lakukan. Tapi, itu semua tidak akan ada ertinya jika dasarnya bukan ikhlas kerana Allah. Ikhlas harus menjadi sesuatu yang utama, termasuk ketika kita mengenal, memahami dan saling menolong. Selain itu, tumbuhkan rasa cinta dan benci kerana Allah.Kerana cinta dan benci kerana Allah akan mendatangkan keredhaan Allah dan seluruh makhluknya..
Friday, January 8, 2010
Hadith
Wednesday, January 6, 2010
Dari Dia-1
Betul ke, istilah 'berkenalan dengan lbh rapat' mcm gini??
Beginilah situasi sbnr, kbnyakan dr kita untk mmbina 'bait muslim'..Tetapi, w/pn anda selalu sj menjlnkn sesi ta'aruf mcm di atas, sure ke anda mngnali rakan anda tu, 100%??Jawapan nya tidak..Sebaliknya, anda akn mmperolehi tempias fitnah dunia.Jangan ssuka hati je, nak kenal, kna jaga maruah diri..Klu, nisa', ingatlah anda msih lg di bahu walid@abi@daddy.. bagi syabab plk, pandanglah 'dia' seperti kakak dan adik, yang prlu dijaga maruah mereka.Tak kiralah lelaki @ perempuan, anda semua kna sentiasa menjaga batas2 pergaulan..Ingatlah prjalanan diri kita, adalah untuk mndapat mardhatillah..Kna sllu buktikan dengan amalan akan hablum min Allah & hablum min annas..
Kalau, 'taa'ruf' berdua, ada yang ketiga.Faham2 je lah, siapa yang ketiga tu..Tapi, kalau ramai2 boleh kot?? Itu pn bahaya jg ni, mata yang memandang akn mmfitnah.Wlaupn duduk sj2 pn dlm kumpulan, boleh jadi isu nanti..Jd, tak payah lah nak lagho2 mcm tu..Klu selalu sangat mcm tu, 'hati berbunga sakura' lh plk..Dalam kedua2 keadaan tu, 'hati' sntiasa memainkan peranan..Jd, kna jaga 'hati' dan jangan lh terlalu emosi dan berperasaan..Nanti, pertimbangan kputusan pn, berat sebelah.Suci kn hati dengan sentiasa menghambakan diri kepada Allah, Tingkatkan ketaqwaan dengan mengupgradekan amal ibadah kepada Allah.....
Jaga hubungan diri dengan Allah, Jadilah yang solehah bagi nisa' dan soleh bagi syabab..InsyaAllah, akan dipermudahkan nanti..Jangan lh terburu2, dalam membuat keputusan. Jangan mudah menangis. sekiranya apa yang berlaku kerana kesilapan diri sendiri.Sekira niatnya ikhlas untuk menuju 'bait muslim' minta Allah permudahkan. Taa'ruf secara baik , dan minta pandangan orang terdekat dengannya. Pastikan anda mengenalinya, yang paling penting penghayatan dari segi ad-diin. Terimalah dia kerana Allah
Sahabat saya itu, mengangguk faham..'Sekiranya dia adalah 'dia' yang telah ditentukan oleh-NYA.Doaku spy masing2 menuju mardhatillah.Semoga Allah permudahkan urusan itu. Tetapi, sekiranya 'dia' bukanlah ditentukan oleh Allah, minta Allah jauhkan .Dapat sucikan 'hati' daripada hati"
(3/1 - 11/1, 17/1-18/1, 23/1-24/1 )
Link to: Bercouple berlandaskan ISLAM hanya khayalan..
http://www.youtube.com/watch?v=pYNwAqTZH2w