Friday, February 12, 2010

Kerinduan hati..


Berlalu di fikiran, akal menjejak langkah hati,
Dalam hati ini , tersawang segala perasaan dan memandu arah setiap langkah,
Bila mana hati mu sakit atau disakiti, Dirimu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada-NYA
Bila mana hatimu resah dan sengsara, Dirimu sentiasa mengharapkan pertolongan daripada-NYA
Dan bila mana hatimu terpaut pada ciptaan-NYA, Biarlah pautan itu kerna mengharapkan keredhaan-NYA
Bila mana hatimu merindui dia, Biarlah kerinduan itu kerana-NYA
Bila mana, kerinduan itu pada dia yang belum muncul lagi dihadapan matamu
Itu memang susah dijangka..

Itu lah hati, yang perlu sentiasa sabar dan syukur apabila diuji..

" Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu"
"Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu"
"Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu"

Setiap doa pastinya menjadi pahala sebagai bekalan di akhirat kelak.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

No comments:

Post a Comment