Saturday, September 18, 2010

Syari'at di dalam hati perlu dihargai dan dibajai..

Lembutnya hati, kerana kekerasan hati..

Hati sentiasa keras kerana malu dan takut akan Pemilik mutlak hati,
Perlu sentiasa nyatakan keyakinan, istiqamah berpanjangan dan tawakkal bilamana hati sudah menyatakan ketegasan..

Hati tidak akan mudah tertarik dengan hanya secebis kata2, menuju ke arah fitnah yang boleh mengeruhkan cahaya di dalam hati dan apa2 yang boleh menjauhi diri dari rahmat Allah..

Akar di dalam hati perlu sentiasa dipateri dengan zikrullah..

Kekurangan dan kelebihan adalah fitrah semulajadi manusia yang tidak sempurna..

Tidak perlu mengejar kesempurnaan, tetapi sebaliknya sentiasa menutupi kekurangan yang ada, disamping memperelokkan kesempurnaannya..

Perlu diingatkan supaya setiap kelebihan perlu disyukuri semata2 kerana Allah, dan tiada rasa hinanya diri apabila diperbetulkan..

Jadilah, seperti kedua2 tangan yang sentiasa membersihkan apabila tangan yang sebelah lagi, perlu dibantu untuk dibersihkan..juga deria rasa yang seiring dalam berkongsi dukacita..

Semua insan mampu untuk berkongsi kegembiraan, tetapi amat sukar untuk berkongsi perasaan dukacita..

Berpesan2 lah pada kebenaran dalam kesabaran..Jangan terlalu berlembut, perlu ada ketegasan pada setiap kelembutan.Rencahnya adalah sabar, masa, kemaafan, dan merintihlah pada Allah pada setiap bantuan, pertolongan dan rintihan..

Telah hadir nikmat Iman dan Islam dalam hati sanubari insan bagaikan buih2 lautan, pada permulaannya..

Kini dan sehingga lah segala nikmat di dunia ini bakal berlabuh, nikmat Iman dan Islam dalam hati sanubari insan masih lagi seperti buih2 lautan banyaknya..

Biarlah kesanggupan dalam diri adalah seperti buih2 lautan..Kerana ia adalah satu2nya jalan menuju keredhaan Ilahi..

Tidak akan ada kegelisahan, keresahan, kebimbangan, dan ketakutan..

Kerana semuanya disandarkan pada KHALIQ..

Ku sentiasa husnu dzhon pada Allah, kerana segala jawapan ada padaNYA..

Segala yang berlaku adalah ujian dalam mentarbiah diri bagi meningkatkan martabat kehambaan diri pada Allah, menjadi insan yang sentiasa di sayangi dan dikasihi oleh ALLAH..

Tidak perlu menoleh ke belakang, tetapi sebaliknya pujuklah hati supaya sentiasa berusaha dan bertawakkal pada jalan Allah..

Sesungguhnya, Syari’at Allah adalah Indah..

No comments:

Post a Comment