Wednesday, June 22, 2011

Yaa habibullah..

Ibaratkan setiap dari kita mengimpikan untuk berjumpa dan meluahkan kata2 bersama Rasulullah saw..Baginda tiada lagi bersama kita dan mustahil untuk kita bersua wajah mahu pun mengucapkan kata bersama baginda.Walau bagaimana pun, dalam hati ini senantiasa ada rasa rindu dan sayang pada Rasulullah saw.Bagaikan sembilu, bila mana dalam hati ini ada rasa rindu dan sayang..Kita rasa percaya, bahawa satu hari nanti kita akan bersua dengan baginda, selagi mana kita adalah umatnya dan mentauhidkan Allah swt..Indah nya rasa rindu itu, bila ia semakin menghampiri dan menggentar rasa..Tetapkan dalam hati dengan iman, zikrullah sebagai teman bicara, kalam Allah senantiasa ditasbihkan sebagai kesucian hati dalam diri, dan akhlak baginda dituruti....InsyaAllah, masanya akan tiba..


Begitu juga lah getaran nya, bila mana mata ini tidak pernah bersua wajah mahu pun, mengungkapkan kata bicara yang bersuara..Tetapi dalam diri percaya akan kejujuran kata2.Kerana dalam diri ini, sentiasa jujur dan ikhlas..Itu adalah satu keyakinan bila mana hati ini sentiasa bersangka baik..InsyaAllah, Allah akan memudahkan setiap perancangan yang direncanakan berdasarkan ketentuan dari-NYA..
Jangan rasa sedih, berdukacita, ...ataupun ...., bila mana kata hati tidak ditepati.Setiap ujian yang sentiasa dihadapi dengan rasa sabar dan redha, merupakan tanda kasih sayang Allah pada kita..Tidak lah dikatakan seorang yang beriman, sekiranya dirimu belum lagi diuji..

Muhasabah kan diri

Tuesday, June 21, 2011

Sunday, June 19, 2011

Hari ke 26 dan kisah di hujung minggu.....

Kisah 1

Siti Khadijah r.a pernah berkata kepada Rasulullah saw, sewaktu beliau ditinggalkan oleh suaminya selama 40 hari...' Aku telah menjadi biasa tinggal seorang diri, apabila malam tiba, aku tutup kepala ku, aku labuhkan tirai, aku tutup pintu dan aku menunaikan solat seorang diri, aku matikan lampu dan pergi baring di tempat pembaringanku'...

Kisah 2

Selepas lebih kurang setahun menjalani kehidupan yang bahagia, iaitu Sayidatina Fatimah Az Zahrah, sudah pandai bercakap, dia telah kehilangan ibunda nya tersayang, kejadian tersebut menyentap kesedihan Rasulullah saw sehingga memedihkannya dan menyakitkan jiwanya yang lembut. Segala harapannya menjadi lemah dan air matanya sentiasa bercucuran, sejak kematian bonda tercinta ( Siti Khadijah ra), Sayidatina Fatimah Az Zahrah akan mencari bondanya dengan bertanya sambil mengendeng kepada ayahandanya sambil berkata, ' Ayah, dimanakah bonda?? '....

Tafsiran Ayat 32, surah An nisa'

Allah SWT memberi pahala kepada sesiapa yang mempunyai cita-cita atau niat yang baik.Tetapi jangan pula ada di kalangan umat Islam cuba meminda apa yang ditetapkan oleh Allah termasuk soal hukum halal dan haram kerana ia membawa padah kepada umat manusia seluruhnya.

Ayat ini menegur rasa tidak puas hati Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a.terhadap kelebihan yang dikurniakan Allah kepada kaum lelaki dalam pemberian harta pesaka dan tanggungjawab peperangan di mana kaum lelaki memperolehi dua bahagian dari harta pesaka sedangkan kaum perempuan hanya mendapat satu bahagian sahaja dan kaum lelaki pula diwajibkan berperang di medan peperangan manakala kaum perempuan sebaliknya.

Firman Allah yang bermaksud:"Orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang-orang perempuan pula ada bahagian daripada yang mereka usahakan..." (Surah An-Nisa': 32)

Allah memberi ganjaran pahala kepada semua pihak sama ada lelaki atau perempuan di kalangan umat Islam.Jika kaum lelaki mengerjakan satu kebajikan digandakan kepada 10, kaum perempuan pun digandakan sedemikian rupa. Ini semua adalah ketetapan Allah.

Bagaimanapun dalam masalah Mirath (pesaka) Allah membuat ketetapan tersendiri dan tidak sepatutnya ada manusia yang iri hati dengannya.

Firman Allah yang bermaksud:"Dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnia-Nya." (surah an-Nisa': 32).

Mintalah dengan Allah sesuatu yang dihajati untuk kebaikan dunia dan akhirat kamu kerana rezeki Allah dan kurniaan-Nya adalah melimpah ruah,akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.


At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Mintalah kepada Allah akan kurnia-Nya, maka sesungguhnya Dia kasih jika hamba-Nya memohon kurniaan-Nya dan semulia-mulia ibadat itu ialah menunggu kelepasan daripada penderitaan yang dialami (menunggudengan sabar).

"Ibnu Majah menceritakan sebuah hadith bahawa Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang tidak pernah berdoa, Allah murka kepadanya.

"Penyair Islam pula menyebut: "Jangan kamu meminta terlalu banyak sesuatu kepada manusia tetapi mintalah kepada Allah yang pintu-Nya tidak pernah ditutup.

"Kesimpulan yang boleh diambil di sini ialah satu perbezaan yang cukup ketara antara kemurahan atau kerahmatan Allah dengan sifat lemah yangada pada manusia di mana Allah murka jika hamba-Nya tidak meminta sesuatu kepada-Nya, sebaliknya manusia marah jika ada manusia lain banyak membuat permohonan sesuatu kepadanya.Sesungguhnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar sehingga kurniaannya tidak akan terjejas sedikit pun walau ditunaikan permohonan sekelian makhluk-Nya sejak Adam sehingga hari qiamat.

Ini dinyatakan dalam hadith qudsi bahawa sekiranya manusia dan jin yang pertama dan manusia serta jin yang terakhir sampai hari qiamat, berada di satu tempat memohon kepada Allah dan permohonan itu pula ditunaikan semuanya nescaya tidak kurang sedikit pun apa yang dimiliki-Nya bak dicelupkan jarum ke dalam laut.

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Sumber: Bicara Muslim


Tuesday, May 24, 2011

Kata hati, hari ini

Keserasian yang berdasarkan rasa seiringan bukanlah berdasarkan kelebihan semata-semata...Kerana, Kita akan menjadi lesu di sebalik kelebihan yang sentiasa dicalit diruang hati..Seolah2, diri kita ini terlalu sempurna dan telah diomongkan sebagai seorang yang perlu dijadikan teladan..Alangkah naif nya mereka itu, kerana berperasaan sebegitu kerana dalam masa yang sama tidak mampu menerima kelemahan..Tiada keikhlasan dicipta

Ingatlah,

Tiada manusia sesempurna Rasulullah saw
dan
Tiada juga nisa' atau zaujah sesemulia dan setabah Siti Khadijah


Tersedar daripada tanda tanya, sudah cukup disyukuri,

Tuesday, May 17, 2011

Asiah Imanina ......

Sekebun Cinta

Sekebun cinta adalah luahan pelbagai perasaan kerana disitu letaknya harapan, luahan kasih , cinta, sayang, rindu, kerisauan yang menimpa2, rasa cemburu serta merasakan diri dipunyai. Malahan, yang lebih indah adalah sekebun cinta ini digambarkan melalui tanggungjawab yang di amanahkan. Masing2 saling memerlukan, dan ibarat sembilu ngilunya bila terpisah....


Sekebun Ta'aruf

Sekebun ta'aruf adalah perkenalan yang sewajarnya bertunjangkan Allah selaku Pemilik hati yang mutlak dan segala kemusykilan diluahkan pada-NYA. Tidak banyak perkara yang mempu digarapkan dan ia tidak seperti Sekebun Cinta yang lebih luhur dan murni pada pasangan yang telah melaluinya.

Lembutnya hati, setelah ditarbiahkan dengan keras bersandarkan keredhaan Ilahi..Kerasnya hati bukan lah seperti keras biji kepala. Tetapi kerasnya hati, bermaksud keyakinan dan keta'atan dalam menunaikan haq2 Allah sebagai hamba-NYA yang terlalu mengharapkan rahmat dan keberkatan yang melingkungi diri.

Tunjang dan matlamat seseorang syabab dan nisa' itu, adalah dengan meyakini dan melayari kehidupan sebagai Muslim dan Muslimah yang soleh serta solehah..Tiap2 waktu amat berharga bagi mereka, dan mereka juga sentiasa menjauhi diri daripada perbuatan lagho.Waktu2 mereka dihiasi dengan kekusyukan menunaikan solat, melazimi diri dengan solat sunat, berpuasa sunat, bibir yang sentiasa dibasahi dengan zikrullah, hati yang lebih terpesona dengan kalamullah, akhlak Islamik sejati serta mengambil berat hubungan dengan Allah dan manusia.

Dipanggilnya ta'aruf kerana mencari titik keserasian, dan ia bukanlah berlandaskan persamaan semata2.Manusia tidak dijadikan oleh Allah, sempurna. Keserasian adalah penerimaan kelemahan dan kelebihan masing2.kelemahan bukanlah satu ke'aiban tetapi satu titik perbezaan yang diterima dengan ikhlas.Dan ia bukanlah untuk dicerca.

Dalam asyik mencari titik keserasian itu, jangan lah dilupakan Dua Malaikat di kiri dan di kanan yang sentiasa tidak putus2 mencatat dapatan amalan..Dan Allah menjadi rujukan bila mana hati telah mula berkata2..Indahnya rasa hati, apabila batasan syariat sentiasa menemani, semata2 mengharapkan keredhaan Ilahi..

Do'a adalah senjata bagi tiap2 Muslim. Jadi berdo'alah pada Allah semoga dipermudahkan urusan jodoh dan diberikan kemudahan berlandaskan syariah Islamiah.

* Tonjolkan lah kesungguhan dalam menyegerakan pernikahan.
* Memudahkan pernikahan dengan tidak membebankan Syabab itu dengan mahar yang tinggi ataupun hantaran yang membebankan.
*Jagailah pandangan mata mahupun lintasan hati.Manisnya akan terasa bila berada di sekebun cinta.
*Jangan 'meringan2' kan segala tingkah laku sepanjang ta'aruf. Elakkan 'ringan2' seperti berdua2 an ditempat sunyi ataupun lapang,jauhkan diri daripada segala situasi yang boleh mengundang fitnah,saling pandang memandang ataupun bersentuhan...Nantikan lah, pedihnya balasan Allah kerana kerana kecuaian sebelum sekebun cinta.Kerana, pernikahan itu adalah satu tugas yang berat dan merupakan tanggungjawab. Jadikan batasan syariat sebagai teman dalam menggarap redha Ilahi sepenjang tempoh ta'aruf......