1) Kecantikan seseorang itu adalah bagaimana ia mengaplikasikan ilmu yang dipelajari; Ilmu yang menyuburkan keimanan dan perasaan takut kepada Allah s.w.t.
2) Kecantikan 'hati' yang bersandarkan kepada Allah s.w.t mampu menerbitkan kecantikan lahiriah dengan akhlak yang murni.
3) Dosa adalah apa2 yang diri anda tidak suka @ tidak mahu orang lain ketahui.Ia hanya diketahui oleh 'hati' anda.
4) Tafsiran dan pandangan pertama seseorang anak Adam kebiasaannya mulai terbentuk daripada pandangan lahiriah . Tetapi, bagaimana dengan pandangan hati?? Akan dibukakan hijab dan diberikan 'nur' serta Ilmu untuk mereka yang sentiasa hatinya bersih dan suci.
5) Pandangan lahiriah terpancar dari kemurnian akhlak yang nawaitu pada diri setiap anak Adam itu, kerana Allah s.w.t. Sebagai seorang remaja muslimah, pandangan dan pemakaian lahiriah adalah cernaan atau signifikan daripada perasaan tawadu', tunduk dan patuh dengan suruhan Allah; Menjaga batas2 aurat serta batas2 pergaulan terutamanya diantara nisa' wa syabab.
6) Tidak ada istilah ekstrem dalam mempraktiskan suruhan Allah sama ada dari segi pemakaian dan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Biasakan diri untuk sentiasa merindui dan berlumba2 merebut kasih sayang Allah. Misalnya, sentiasa menunggu2 laungan azan untuk bertemu dengan Allah, menghidupkan sepertiga malam dengan tahajjud dan takut serta malu dengan balasan membuka aurat dan percampuran sosial yang mengundang kearah fitnah dunia.
7) Tanamkan dalam diri untuk menjadi yang lebih baik di mata Allah. Abaikan pandangan dan penilaian manusia, selagi mana ia berteraskan akal dan nafs.
8) Sesungguhnya, kehidupan setiap insan adalah menuju redha Allah. Redha Allah adalah tunjang utama kehidupan setiap muslimah.
9) Jadikan amalan diri muslimah pada hari ini, lebih baik dari hari semalam & amalan hari esok, yang lebih baik daripada hari ini..
Salam tazkirah, daripada Mujahidah Muslimah
No comments:
Post a Comment