Tuesday, May 24, 2011

Kata hati, hari ini

Keserasian yang berdasarkan rasa seiringan bukanlah berdasarkan kelebihan semata-semata...Kerana, Kita akan menjadi lesu di sebalik kelebihan yang sentiasa dicalit diruang hati..Seolah2, diri kita ini terlalu sempurna dan telah diomongkan sebagai seorang yang perlu dijadikan teladan..Alangkah naif nya mereka itu, kerana berperasaan sebegitu kerana dalam masa yang sama tidak mampu menerima kelemahan..Tiada keikhlasan dicipta

Ingatlah,

Tiada manusia sesempurna Rasulullah saw
dan
Tiada juga nisa' atau zaujah sesemulia dan setabah Siti Khadijah


Tersedar daripada tanda tanya, sudah cukup disyukuri,

Tuesday, May 17, 2011

Asiah Imanina ......

Sekebun Cinta

Sekebun cinta adalah luahan pelbagai perasaan kerana disitu letaknya harapan, luahan kasih , cinta, sayang, rindu, kerisauan yang menimpa2, rasa cemburu serta merasakan diri dipunyai. Malahan, yang lebih indah adalah sekebun cinta ini digambarkan melalui tanggungjawab yang di amanahkan. Masing2 saling memerlukan, dan ibarat sembilu ngilunya bila terpisah....


Sekebun Ta'aruf

Sekebun ta'aruf adalah perkenalan yang sewajarnya bertunjangkan Allah selaku Pemilik hati yang mutlak dan segala kemusykilan diluahkan pada-NYA. Tidak banyak perkara yang mempu digarapkan dan ia tidak seperti Sekebun Cinta yang lebih luhur dan murni pada pasangan yang telah melaluinya.

Lembutnya hati, setelah ditarbiahkan dengan keras bersandarkan keredhaan Ilahi..Kerasnya hati bukan lah seperti keras biji kepala. Tetapi kerasnya hati, bermaksud keyakinan dan keta'atan dalam menunaikan haq2 Allah sebagai hamba-NYA yang terlalu mengharapkan rahmat dan keberkatan yang melingkungi diri.

Tunjang dan matlamat seseorang syabab dan nisa' itu, adalah dengan meyakini dan melayari kehidupan sebagai Muslim dan Muslimah yang soleh serta solehah..Tiap2 waktu amat berharga bagi mereka, dan mereka juga sentiasa menjauhi diri daripada perbuatan lagho.Waktu2 mereka dihiasi dengan kekusyukan menunaikan solat, melazimi diri dengan solat sunat, berpuasa sunat, bibir yang sentiasa dibasahi dengan zikrullah, hati yang lebih terpesona dengan kalamullah, akhlak Islamik sejati serta mengambil berat hubungan dengan Allah dan manusia.

Dipanggilnya ta'aruf kerana mencari titik keserasian, dan ia bukanlah berlandaskan persamaan semata2.Manusia tidak dijadikan oleh Allah, sempurna. Keserasian adalah penerimaan kelemahan dan kelebihan masing2.kelemahan bukanlah satu ke'aiban tetapi satu titik perbezaan yang diterima dengan ikhlas.Dan ia bukanlah untuk dicerca.

Dalam asyik mencari titik keserasian itu, jangan lah dilupakan Dua Malaikat di kiri dan di kanan yang sentiasa tidak putus2 mencatat dapatan amalan..Dan Allah menjadi rujukan bila mana hati telah mula berkata2..Indahnya rasa hati, apabila batasan syariat sentiasa menemani, semata2 mengharapkan keredhaan Ilahi..

Do'a adalah senjata bagi tiap2 Muslim. Jadi berdo'alah pada Allah semoga dipermudahkan urusan jodoh dan diberikan kemudahan berlandaskan syariah Islamiah.

* Tonjolkan lah kesungguhan dalam menyegerakan pernikahan.
* Memudahkan pernikahan dengan tidak membebankan Syabab itu dengan mahar yang tinggi ataupun hantaran yang membebankan.
*Jagailah pandangan mata mahupun lintasan hati.Manisnya akan terasa bila berada di sekebun cinta.
*Jangan 'meringan2' kan segala tingkah laku sepanjang ta'aruf. Elakkan 'ringan2' seperti berdua2 an ditempat sunyi ataupun lapang,jauhkan diri daripada segala situasi yang boleh mengundang fitnah,saling pandang memandang ataupun bersentuhan...Nantikan lah, pedihnya balasan Allah kerana kerana kecuaian sebelum sekebun cinta.Kerana, pernikahan itu adalah satu tugas yang berat dan merupakan tanggungjawab. Jadikan batasan syariat sebagai teman dalam menggarap redha Ilahi sepenjang tempoh ta'aruf......