1. Apakah ilmu yang memberi kenikmatan?
Ilmu yang sebenar2 nya, adalah ilmu yang mampu menyuburkan kemanisan iman.Untuk mendapat kemanisan Iman, perlu tajamkan 'hati'. iaitu dengan cara menjaga 'hablum min Allah'. Jadikan setiap tindakan yang kita lakukan sehari2 adalah ibadah dengan 'nawaitu' kerana Allah. Sentiasa menghambakan diri kepada Allah.Tidak kira ilmu yang kita belajar itu adalah Ilmu fardhu A'in atau Ilmu fardhu kifayah.Yang perlu diutamakan adalah setiap Ilmu yang dipelajari adalah untuk mendapat redha Allah.
2. Hadith daripada Abu Hurairah r.a,katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda " Di antara keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna/tidak elok kepadanya".
Ada perkaitan maksud hadith ini, dengan jawapan bagi soalan pertama. Nikmat Iman yang sebenar2nya adalah mempraktiskan setiap tindakan berpaksikan wahyu Allah. Tidak sempurna Islam dan Iman seseorang itu selagi mana ia menuju maksiat dan 'lagho' atau membuat perkara sia2. Itulah yang dimaksudkan dengan 'niat/matlamat tidak menghalalkan cara'.Ia tidak bermaksud selagi niat /matlamat seseorang itu baik, maka segala amal perbuatan juga semestinya baik dan 'halal'. Perlu, diperincikan adakah tindakan kita itu, mendapat tempias fitnah dunia atau pun juga menghampiri zina??Paksikan setiap tindakan yag dilakukan adalah bersandarkan kerana Allah dan sentiasa berada dibawah naungan redha Allah.
p/s: Hujah berdasarkan ayat Al-Quran dan hadith, akan diedit kemudian..
No comments:
Post a Comment