Friday, December 25, 2009

99 Langkah menuju kesempurnaan IMAN


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat.
02. Sabar apabila mendapat kesulitan.
03. Tawakkal apabila mempunyai rencana/program.
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.
08. Jangan usil dengan kekayaan orang.
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain.
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.
11. Jangan tamak kepada harta.
12. Jangan terlalu mengimpikan akan sesuatu kedudukan.
13. Jangan hancur kerana kezaliman.
14. Jangan goyah kerana fitnah.
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram.
17. Jangan sakiti ayah dan ibu.
18. Jangan usir orang yang meminta-minta.
19. Jangan sakiti anak yatim.
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar.
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid).
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu.
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid.
25. Biasakan solat malam.
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah.
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat.
28. Sayangi dan santuni fakir miskin.
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.
30. Jangan marah berlebih-lebihan.
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah.
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran.
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi.
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan.
36. Jangan percaya ramalan manusia.
37. Jangan terlampau takut miskin.
38. Hormatilah setiap orang.
39. Jangan terlampau takut kepada manusia.
40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala.
41. Berlakulah adil dalam segala urusan.
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah.
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.
45. Perbanyak silaturrahim.
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam.
47. Bicaralah secukupnya.
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya.
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu.
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin.
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga.
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan.
54. Hormatilah kepada guru dan ulama.
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi.
56. Cintai keluarga Nabi saw.
57. Jangan terlalu banyak hutang.
58. Jangan terlampau mudah berjanji.
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara.
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh.
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar.
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu.
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita.
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi.
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita.
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan.
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain.
71. Jangan membiasakan berkata dusta.
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian.
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab.
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita.
76. Jangan membuka aib orang lain.
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita.
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana.
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan.
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara.
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.
85. Hargai prestasi dan pemberian orang.
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan.
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita.
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu.
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana.
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita.
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.
93. Jangan cepat percaya kepada khabar angin yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya.
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban.
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri.
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan.
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakkan.
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Meneliti aib sendiri


Apabila pilihanraya kecil disesuatu kawasan akan diadakan, kita akan mendengar ceramah dari parti-parti politik yang akan bertanding. Dalam usaha untuk memenangi pilihanraya kecil, kita sering mendengar kisah baik dan buruknya calon yang akan bertanding.

Segala keburukan tentang calon tersebut akan didedahkan oleh parti lawan kepada pengundi sehingga mengeluarkan aib seseorang walaupun perkara itu benar atau sebaliknya.

Begitu juga di dalam masyarakat kita, tak kira di mana pun kalau ada kesempatan saja , ada saja aib tentang seseorang yang akan kita bincangkan. Macam mana umat Islam nak maju ke hadapan.

Mungkin sudah tidak terhitung seberapa banyak aib daripada seseorang yang telah kita ungkap di hadapan khalayak ramai.

Dan betapa kita mungkin merasa nikmat kerana telah memperbincangkan hal ikhwal tentang aib seseorang, meskipun kita sendiri sesungguhnya belum yakin akan kebenaran berita dan aib dari orang yang kita bicarakan tersebut. Begitu ringannya lidah kita melancarkan sebuah kalimat yang kita tidak tahu apakah kalimah tersebut membawa keredhaan Allah SWT atau mungkin malah mendatangkan kemurkaan-Nya - Semoga Allah SWT lindungi kita dari hal demikian.

Imam Hasan Al Bashri dalam kalamnya (ucapannya) menyebutkan bahawa,

"Engkau tidak akan memperolehi hakikat iman selama engkau mencela seseorang dengan sebuah aib yang ada pada dirimu sendiri. Perbaikilah aibmu, baru kemudian engkau perbaiki orang lain.
Setiap kau baiki satu aibmu, maka akan tampak aib lain yang harus kau perbaiki. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya, hamba yang paling dicintai Allah adalah dia yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri. "

Semoga petikan ucapan ringkas dari Imam Hasan Al Basri di atas cukup dan boleh menjadi renungan buat kita bersama dan semoga hal ini menjadi motivasi bagi kita untuk tiada henti-henti menilai diri dan berhati-hati dalam setiap ucapan yang akan kita buat.
Astaghfirullahal 'adhiim,


Created by Mahamad Bokkhari Bin Mohamad

Thursday, December 24, 2009

Kenapa aku diuji???


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”Surah Al-Ankabut ayat 2-3.


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”Surah Al-Baqarah ayat 216.


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”Surah Al-Baqarah ayat 286.


RASA FRUST?

“Janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sebab kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.”Surah Al-Imran ayat 139.


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan ).”Surah Al-Imran ayat 200.



“Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”Surah Al-Baqarah ayat 45.


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”Surah At-Taubah ayat 111.


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”Surah At-Taubah ayat 129.


AKU TAK DAPAT TAHAN!!

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa rahmat Allah melainkan kamu yang kafir.”

Surah Yusuf ayat 12.


SABAR itu IMAN, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tidak berteman. Silence is golden when you don’t have a good answer.


AKAL senipis rambut dengan ILMU.
HATI serapuh kaca dengan IMAN.
NALURI selembut sutera hiasi dengan TAQWA

Created by Mohamad Bokkhari Bin Mohamad






Monday, December 21, 2009

Ilmu bukan sekadar dilafazkan, tetapi dizahirkan.........Untuk mu Muslimah

‏وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
سورة النور آية 31


” Dan katakan juga pada wanita-wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluan kamu” -Surah AnNur: 31.


Dari mata jatuh ke hati. Tidak bertemu, perit di hati

Engkaulah ratu hati, pengubat jiwa nan lara, Tika bersama bagai dunia ini kita yang punya. .


Telah dikhabar kan dan diriwayatkan dari Suhail bn Abi Salih, dari ayahnya, diriwayatkan dari abu Hurairah telah berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:


Setiap langkah anak adam ada zinanya, Dua mata berzina; dan zinanya adalah melihat, dan tangan berzina dan zinanya adalah menyentuh, dan kaki berzina dan zinanya adalah berjalan(ke tempat yg haram), dan mulut kita berzina, dan zina kita adalah berciuman, dan hati juga berzina, dan zinanya adalah berangan-angan dan samada menyanggupi, membenarkan atau tidak kemaluan kita akan perkara itu.” - Sunan Shugra *


Lihatlah jiwamu yang kian mati itu Apakah sebabnya?
Lihatlah hatimu yang kian pudar rasa taqwa padaNya Apakah puncanya.?

Ibn Qayyim telah menyebut di dalam kitabnya Di antara kelebihan menundukkan pandangan kepada perkara yg tidak harus antaranya adalah:-

1) Dikurniakan firasat yang benar

2) Diberi ketenagan dan kelapangan hati. Wahai abduh Suburkan saja rasa taqwa itu Jangan

biarkan ia mati
Ta’liq:

Hidup kita sehari-hari memang tidak dapat lari dari bertemu manusia. Di mana sahaja, melainkan kita berada di dalam rumah. Namun, walau di dalam rumah tetap kita melihat dunia luar melalui media massa atau elektronik. Sebagai manusia, kita diberi wahyu untuk memimpin akal, dengannya dapat kita membuat batasan agar kita tidak jatuh di dalam lembah kehancuran. Kita memang tidak dapat mengelak daripada bertemu lelaki atau perempuan di dalam kehidupan kita. Mata yang merupakan cermin pada hati, ibarat kamera ajaib perlu dipimpin agar ianya bersih dari kotoran dunia yang menggelapkan hati dari mengingati Allah. Walau bagaimanapun di dalam kita menyusuri harian yang kita akan bertemu ajnabi di kelas, perpustakaan, pasar, jalanan maka di sinilah “menundukkan pandangan ” perlu diaplikasikan. Menundukkan pandangan bukanlah bermakna kita menundukkan pandangan hingga jalan pun tidak kelihatan. Menundukkan pandangan ialah menundukkan penglihatan daripada memandang perkara yang haram.


Percayalah, kita bukan mengejar status thiqoh dari ertikata manusia sekarang, tapi kita ingin bersih hati dengan bersih mata menurut definasi syara’.


Kita hanya ingin “thiqoh” pada pandangan Allah, lantas mendapat tempat di sisiNya nanti. Kita harus berebut-rebut mengejar cinta Allah! Lebih dari segala isi dunia ini.Kita dibenarkan menurut para’ ulama’ berdasarkan dalil-dalil syara’ memandang ajnabi semasa urusan muamalah, perhakiman, meminang dan urusan syarie yang lain.

Memandanglah menurut batasan syara’ dan percayalah kesannya akan membawa kepada ketenangan pada hati dan khusyu’ di dalam solat. Wara’ bukanlah hanya pada pakaian sahaja, walaupun pakaian merupakan gambaran aplikasi Sunnah dan kecintaan pada Sunnah dan penta’biqan keimanan jika disusuli dengan ikhlas, namun wara’ adalah dengan menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, meninggalkan dosa-dosa besar dan tidak melazimi dosa kecil.

Betapa ramai manusia hari ini terjebak di dalam dunia percintaan, atau pra-percintaan atas nama berkawan, membenarkan liar mata tanpa kawalan. Keluar bersama, makan bersama, kata mereka kami tidak membuat apa-apa; lagipun di kalangan ramai orang. Adakah kita terlupa, apakah jaminan orang awam itu yang tiada ulama’ pun mengatakan ianya mahram yang merupakan syarat lelaki-perempuan ingin bersunyian bersama? Menghalang anda memandang dan melakukan zina mata yang merupakan panahan daripada panahan syaitan menurut Saidina Ali KaramAllahuwajhah? Lantas melakukan apa yang diharamkan Allah iaitu menghampiri zina? Jelas, akan disusuli pula dengan langkah-langkah seterusnya membawa kepada zina yang lain pula. Semuanya oleh kerana mata.

Di sini, Islam menurut maqasid syara’ menurut salah satu dari objektifnya yang lima iaitu menjaga keturunan menjadikan ” saddu adzhraie” atau menghalang jalan yang membawa kepada perkara tersebut dengan mengharamkan perkara yang boleh membawa kepada zina. Bukan juga bermakna sudah tiada adab muamalah, namun andai ada urusan syarie dengan batasan syara’ kita meraikannya dengan mizan yang ALLAH telah tetapkan. Kita menghormati perbualan dengan adab sopan dan santunan syara’. Ini keperluan.


Dalam dunia yang sangat tiada apa ini, apakah yang dapat kita harapkan melainkan cinta, Redha dan pengampunan Allah dengan mentaatinya. Tidak susah, percayalah andai benar-benar mengenali siapa Allah dan mengapa kita hidup di dunia. Namun begitu, usah khuatir. Dosa dan maksiat kita ubatnya taubah. Sayang ALLAH pada kita, andai kita kembali padaNYA. Tiada dosa tidak diampunkan melainkan syirik. Setiap manusia yakni kita ada jalannya menuju ALLAH jika benar-benar mencari ALLAH. Khilaf di sana-sini. Carik di sana sini, jika diteknuni dengan penyesalan, taubah dan rasa malu pada ALLAH, pasti membuat pengampunan dan cinta dari ALLAH. Tersilap sekali dua, walaupun sekejap ia merupakan siksaan pada hati namun ada penawarnya. Kembali pada ALLAH. Asal sahaja kita tidak pernah berasa benar dengan maksiah dan mencipta alasan melakukan maksiah. Kepada ALLAH kita kembali. Jangan diulangi, itu pasti. Dosa jangan dilazimi dengan takabbur. Seperti taat juga jangan disulami dengan kibriya’ rasa besar diri. Itu berbahaya. Semoga ALLAH mengampuni kita semuanya.


Yang juga punya mata untuk dijaga,
Yang punya mata derhaka kepada TuhanNya

Yang punya mata berdosa kepada TuanNya

Yang punya mata tidak malu kepada penciptaNya

Tuesday, December 1, 2009





29 APRIL 2010....

Sunday, November 8, 2009

25th IIUM Convocation



Majlis Penyampaian Skrol ( Diploma Pendidikan)
Pada: 31 Oktober 2009, 12 Zulkaedah 1430 H
Di Auditorium Utama, UIAM Kampus Gombak



























Monday, October 26, 2009

Pada ketika itu....

Teringat aku pada detik masa yang sudah berlalu...

Pada detik itu dan ketika itu....

Dapat ku rasai hembusan angin bertiup beralun lembut..
Ketenangan dapat ku rasai oleh pukulan lembut sang bayu itu..

Kedengaran di angkasa, kicauan sekawan burung bersiul-siulan
Mereka sungguh asyik terbang bebas di angkasa dan meredah samudera angkasa raya...
Begitu rancak sekali perbualan mereka bagaikan ingin menyampaikan satu rahsia

Ingin sahaja ku korek rahsia mereka..
Ligat mindaku berfikir, apakah rahsia yang ingin disampaikan itu??..

Ku dongak kembali ke langit..Wahh, sungguh indah ciptaan Ilahi
Kepulan2 awan yang tidak terbilang jumlahnya, membentuk pelbagai imaginasi di fikiran ku..

Aku bagaikan seorang pengembara yang meredah lapisan awan yang berlapis2
Ingin sahaja aku gapai sepuas2nya setiap awan itu, dan tiba2 pandangan ku hanyut pada satu hala...

Ingatanku tertumpu pada satu wajah yang sudah lama tidak ku temu..
Dan tidak akan ku temui lagi di alam fana ini.
Satu wajah yang bisa membuatku tersenyum dan tersenyum..

Ya, benar.. .Seorang yang baik budi pekerti dan murah dengan senyuman, Bicaranya persis seorang shabab yang sentiasa ditunggu2 oleh para sahabiyah dan sahabat..
Setiap butir ilmunya kami teliti dan amati sebagai peringatan dan ikutan..Dia terlalu santun dalam mengungkapkan setiap makna..Belum lagi ku dengari kata2nya yang berhelah..Alhamdulillah, ilmunya setanding dengan amalannya..

Syukur kepada mu, Ya Allah, kerana aku tidak silap memilih...

Tapi kini, baru ku sedar, itu semua hanya sementara..Memori silam yang tidak akan kunjung tiba..Tetapi, kenapa mesti dia....??

Tidak mampu untuk aku meneruskan kata2 ini lagi..

Pandangan ku, menjadi benar2 yakin dengan apa yang pernah hadir di hati ini, pada ketika itu....

Hembusan angin yang setia menyambut lamunan ku, terhenti ngan tiba2..
Lama ku menunggu, gapaian lembut itu..

Ku rasa kembali, panas di wajahku, hati ku bergoncang hiba,,Dan air mataku mulai menitis, satu demi satu..

Aku sudah berjanji pada diri, tidak mahu menangis lagi..Tetapi aku tidak berdaya, dan betul2 tidak berdaya kini ..Kalaulah dulu aku dan.....??

Kata2nya yang tidak akan aku lupa dan tidak sesekali aku pinggirkan sebagai teman mindaku..

" ...Jangan rasa jemu untuk sentiasa istiqamah dan sentiasalah perelokkan amalanmu.Ketahuilah, doa itu adalah senjata bagi muslim dan muslimah. Sentiasa menjadi yang solehah dan sentiasa lembut tetapi tegas tingkahmu..Jangan biarkan hati sunyi daripada mengingati mati, dan sentiasa merasakan mati itu sentiasa dekat dengan mu..Jangan menangis selain kepada Allah kerana hati ini terlalu dambakan keredhaan-NYA..Jangan biarkan akalmu kosong daripada berbicara mengenai alam ciptaan Ilahi..Dekati hati dengan Allah untuk sentiasa mendapat kasih sayang Allah..."


Ingatlah,Mati itu adalah satu rehat yang panjang dan penamat daripada menghadapi segala godaan dunia yang tiada bertepi..Dan rindukan bertemu kepada Pemberi kasih sayang...Kita sama2 akan hadapi nanti, tapi hanya masa....




Saturday, October 24, 2009

Pada-MU selamanya


Sejenak ..
ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya .. Ohh

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan … terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya…

Pada-Mu selamanya .. oh…
Selamanya…

lirik lagu, nyanyian nasyid Saujana

Monday, October 5, 2009

Teaching Islam to our children: An important to islamic duty


Islam teaches us different ways to attain success. One best way is to seek Islamic knowledge based on the Qur’an and the Sunnah. We need to spend time, money, efforts, emotions and patience to learn authentic knowledge of Islam not only for our own success but also to be able to share it to others, especially to our children.

The most important and lasting gift or inheritance that we can give to our children is knowledge of Islam. It is a must that we should educate our children with Islamic knowledge since as parents we are accountable to their success and failure. The Prophet (peace be upon him) makes it very clear that we are accountable to our respective families/children:

Abdullah ibn Umar reported that he heard the Prophet Muhammad (saws) saying:
“Every one of you is a guardian, and responsible for what is in his custody. The ruler is a guardian of his subjects and responsible for them; a husband is a guardian of his family and is responsible for it; a lady is a guardian of her husband’s house and is responsible for it, and a servant is a guardian of his master’s property and is responsible for it. A man is a guardian of his father’s property and is responsible for it so all of you are guardians and responsible for your wards and things under your care).”
(Bukhâri 3/592)

Malik bin Huwairth narrated:
“I came to the Prophet (saws) with some men from my tribe and stayed with him for twenty nights. He was kind and merciful to us. When he realized our longing for our families, he said to us: “Go back and stay with your families and teach them the religion. And offer the prayer and one of you should pronounce the Adhan for the prayer when its time is due. And the oldest one amongst you should lead the prayer.”
(Bukhari 1/601)

The above authentic Ahâdîth clearly show how the Prophet (saws) commands us Muslims to be responsible to our respective families. The best way to perform our duty to our children is to teach them Islam. Allah tells us that our children, just like our wealth and possessions, are but a trial from Him.

Allah the Most High says:
Your riches and your children may be but a trial: whereas Allah, with Him is the highest Reward.”
[Qur'an 64:15]

Since our children are but a trial and that the highest reward is with Allah the Almighty, it is then our responsibility to guide our children to Islam. It is only through Islam that they can become righteous and be of service to Allah. We pass Allah’s trial once our children worship and please our Creator.

Remember that the best thing that we can give to our children is knowledge of Islam. It is the best education and the best means to fight ignorance and drive away evil.

Excerpts from an article by Dr. Norlain Dindang Mababaya
Taken from:
http://islam4parents.com

Link to Beutiful Fatima
YouTube - islamgr8religion's Channel#play/uploads/23/aHPZcZs4aYs

Don't wear hijab..You will look ugly!!!


Oh Allah, i love you




Oh Allah,
i love you

Oh Allah,
i love you

for there is only you to
love me..

your love is the
true love

all other love is for
selfish desires

you love me for no
reason

even i am so bad
you love me the most

you are not looking
to my sins

your grace is immeasurable

if you are punishing me
for what i’ve done

i wouldn’t be here writing
this now

you are the true lover
who loves me

than anyone else

you gave me the Rasulullah

your light
to show your love

Oh Allah,
i am weak

my words of gratitude
is not fit
to thank you

my words and feelings are within
limits

but when you are working in me
the words won’t end

it is unlimited

when you pour gratitude
in me
my heart trembles in joy

when your true remembrance
come in me through your light

i am not seeing myself
the ego is gone

only your mercy remains
i see only your mercy

its only your mercy that
keeps me moving

nothing else

Oh Allah, forgive me for
what i’ve done

let me live in your wish,
may the truth made clear

to the dark world

may the true love spread to the
selfish hearts

may the light of Rasulullah
illuminate the entire world..

may only peace and happiness
remain…

Taken from:
http://islamgreatreligion.wordpress.com

Hijab, Naqab or nothing


Saturday, October 3, 2009

Keistimewaan wanita




Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


Wanita sebenarnya banyak keistimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Sunday, September 27, 2009

Sombong pusaka iblis...



Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah.


Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka'bul Ahbar : Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.


Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini.


Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:


1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.


2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.


3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.


4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.


5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.


6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.


7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.


8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.


9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.


Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah. Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat.


Di dunia , susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.


Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka. Azazil, ketua para malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga. Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan. Qarun ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong.

Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri: "Wahai diri...kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALLah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu.


Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya.


Tahankah dengan siksaan itu??" Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari:


1. Baca Surah Ad Dukhan


2. Selawat


3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada.


InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu. Tiada gunanya kita mempertahankan sombong.

Firman Allah :
"Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit." Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dgn Allah

Wednesday, September 16, 2009

Salam





Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama kamu!"


(Riwayat Muslim)


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang yang berkenderaan supaya memberi salam kepada orang yang berjalan dan orang yang berjalan kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang banyak jumlahnya


Muttafaq 'alaih)


Daripada al-Bara' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada dua orang Muslim pun yang bertemu lalu keduanya berjabatan tangan, melainkan keduanya itu diampuni dosanya oleh Allah sebelum keduanya itu berpisah."


(Riwayat Abu Dawud)

Thursday, August 20, 2009

Cerpen

Ini adalah cerpen yang dihantar oleh Akhi assoghir..Rasanya diambil dari website ilove Islam.com..Dah 2 hari tak buka e-mail.Mm,Banyak plk e-mail dalam inbox.Cukup ringkas sahaja cerpen ni.Hanya perkongsian ilmiah katanya..Pesan akhi, bukan sekadar baca, tapi kna faham dalam tindakan...Akhi, suka bercakap secara tersirat..baca je, cerpen ni..



‘Sayang’?

Saya terkejut apabila membaca beberapa mesej daripada handphone rakan saya itu. Dan kelihatan muka si rakan itu merah padam. Mungkin kerana tidak menemui apa yang dia kehendaki daripada handphone saya.
Hal ini berlaku apabila dia meminta untuk ‘melihat-lihat’ handphone saya dan saya pun mengenakan syarat untuk ‘melihat-lihat’ juga handphone kepunyaannya. Dan inilah yang terjadi.
Rakan saya itu merupakan ketua Badan Nuqaba’ di universiti. Sangat berpengaruh dan gemar memberi tazkirah. Tetapi rupanya hanyut juga dengan mainan nafsu.
“Ah, ana bercinta secara islamik.”
“Islamik sangatkah kalau sampai ada ‘sayang-sayang’? Islamikkah kalau menaikkah nafsu? Dan itukah yang Islam benarkan untuk telefon berjam-jam dan bermesej ‘sayang-sayang’?” Soal saya kembali. Dan dia diam membisu.
Entahlah. Saya sendiri tidak dapat memikirkan mana yang betul-betul baik dan mana yang salah. Sebetulnya ini bukan kes pertama yang saya temui. Dulu saya pernah ditegur kerana bercinta oleh seorang orang kuat dalam Badan Nuqaba’.
Tetapi pada suatu hari saya terlihat pula orang yang menegur saya itu keluar berdua-duaan dengan perempuan. Yang pasti bukan adik atau saudaranya kerana saya kenal juga dengan dia.
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah: 44)
Janganlah sorokkan keburukan sendiri dengan cara menunjukkan yang anda orang yang betul-betul faham akan agama.

Adakah istilah ‘Cinta Islamik’?

Dulu saya juga pernah menggunakan istilah ini. Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu. Semua saya cuba kawal seboleh mungkin.
Tetapi betulkah cinta seperti itu yang saya hendakkan? Saya berfikir balik kerana walaupun sekadar sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai, dan cerita yang ini anda boleh baca di entri saya ‘Ibadah Itu Cinta’.
Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal.
Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu.
Saya tidaklah tahu hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana akan bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku. Tetapi itulah yang berlaku kepada beberapa orang rakan saya yang bercinta.
Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”
Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”
Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya.
Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu.

Jangan burukkan nama institusi jemaah

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis.
Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”
Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut.
Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi.
Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat.
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 42)
Saya tertarik dengan seorang rakan saya yang memang betul-betul berminat menjadikan seorang akhawat dalam jemaahnya sebagai isteri. Dan dia meminta tolong daripada naqibnya yang merupakan seorang ustaz untuk menguruskannya.
Harapnya tiada ‘sayang-sayang’ yang hadir sebelum pernikahannya. Dan yang ada hanyalah kerjasama dalam jemaah seperti dahulu juga. Seperti sebelum dia menyatakan hasratnya.
Ada seorang lagi rakan saya yang sedang bertunang dan bakal berkahwin dalam bulan Disember tahun ini. Hendak dikatakan kemaruk itu tidak nampak sedikit pun. Tiada pun sms ‘tanya khabar’ lagikan pula hendak telefon. Dia harap jika sudah berkahwin nanti, barulah rasa-rasa ingin bertanya khabar itu baru datang. Dan barulah cinta berputik pada masa itu.

Alangkah seringnya
Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan
Membuat detik-detik depan terasa hambar
Belajarlah dari ahli puasa
Ada dua kebahagiaan baginya
Saat berbuka
Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala
Inilah puasa panjang syahwatku
Kekuatan pada menahan
Dan rasa nikmat itu bakal kurasa
Diwaktu buka yang penuh kejutan

Wednesday, August 12, 2009

Nak dapat rumah free????


Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Saya memberi
jaminan sebuah rumah dalam halaman syurga bagi seseorang yang meninggalkan berbantah-bantah, sekalipun ia berada dalam kebenaran, juga sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan dusta, sekalipun dengan maksud bersenda gurau, demikian pula sebuah rumah di tanah tinggi syurga bagi seorang yang memperbaiki budi pekertinya.

"Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
Azza'im ertinya seorang yang memberikan jaminan. Makna aslinya ialah pemimpin.

p/s: Rebutlah peluang untuk dapat rumah free, selagi diberi masa yang masih terbentang luas!!!
Rugi, kalau tak hayati..Ilmu tanpa amal, ibarat kereta tapa stereng...Fikir2 kan lah.
Kita diberi akal untuk berfikir dan Ilmu sebagai pemantapan dalam hati dan jiwa.....

Sunday, August 9, 2009

Jom relax sekejap...


Al-Hadith
Hadith 1

Daripada an-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya, saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal kebajikan dan dosa. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kebajikan itu ialah baiknya budi pekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam dada ( yakni hati ) dan engkau tidak suka kalau hal itu diketahui oleh orang banyak."


(Riwayat Muslim)


Hadith 2

Daripada Athiyyah bin 'Urwah as-Sa'di as-Shababi r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Seseorang hamba itu belum sampai kepada tingkat kalangan orang-orang yang bertaqwa, sehingga dia meninggalkan sesuatu yang tidak ada larangan kerana takut kalau-kalau dalam hal itu ada sesuatu larangan (iaitu hal-hal yang syubhat).


"Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.


Hadith 3

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tiada kehasadan yang dibolehkan melainkan dalam dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta, kemudian ia mempergunakan guna menafkahkannya itu untuk apa-apa yang hak dan seseorang yang dikurnia oleh Allah akan ilmu pengetahuan, kemudian ia memberikan keputusan dengan ilmunya itu serta mengajarkannya pula."

Satu Catatan...


Terdapat 2 kata2 yang ingin aku kongsi yang telah dipetik daripada Hassan alBanna dalam Kewajipan seorang Muslim :




1) Bersedia dan berani memikul tanggungjawab.Di antara semulia2 keberanian ialah berterang2an dengan Al-Haq, menyimpan rahsia, mengakui kesilapan diri, insafi diri dan mengawal marah

Komen ambo: Berapa ramai di antara kita yang mengakui kesilapan diri???bila diri dihimpit dengan kerumitan, selalunya akan meletakkan diri orang lain sebagai punca masalah. Salah satu punca kerana menganggap diri terlalu hebat dan sempurna. Ini adalah satu penyakit hati, hati yang lemah dan tidak disertai dengan Iman sepenuhnya..Berpura2 dalam segenap segi dan memanipulasikan dengan kata2..Lebih baik diam dari berkata2. Kerana kata2 yang tajam boleh memberikan banyak kerosakan..Menginsafi diri perlu kepada istiqamah dan nawaitu yang bersih.Perlu beramal dengan ilmu yang dipelajari.


2) Bercakap benar dan tidak berdusta. perlu difahami bahawa, tidak berdusta kecuali mengambil tauriyah ( benar pada nisbahnya, dusta pada orang yang mendengar) dalam 3 perkara iaitu, peperangan, mendamaikan manusia dan mengambil hati suami/isteri.
Komen ambo; Berdusta dalam gurauan, kadang2 boleh mencetuskan suasana humor dan mengurangkan sedikit ketegangan.Gurauan Rasulullah hanya ibarat garam pada makanan sedikit sekali.. Tetapi bagaimana pula sekiranya pendustaan dalam tindakan yang boleh mengaburkan pemahaman orang kedua??Kehendak tidak boleh disampaikan melalui tindakan yang berdusta..Tidak boleh ,menyalahkan orang lain sekiranya suu'dzhon pada tindakannya..kadang2 lebih mudah untuk mengatur kata2 dan meminta semua orang mempercayai...Kisah seorang rakan yang boleh dijadikan teladan. Jangan mudah mempercayai kata2 'on direct' kerana kehendak seseorang itu tidak semuanya disampaikan melalui tindakan, terutamanya melalui kata2..jangan juga mudah terpedaya dengan kata 'indirect' kerana ia boleh memanipulasikan keputusan kita...


Kesimpulannya, bercakap benarlah biarpun pahit walaupun terkena diri sendiri.

Banyak perkara yang ingin dicatatkan, tetapi banyak hati yang perlu dijaga..Pengkhabaran melalui rakan2, dalam diri ini, ingin sahaja diungkapkan kerana mata ini sakit untuk melihat, telinga ini berdesing bila mendengar dan kepala ini sakit untuk memikir. kadang2 hati ini terasa lucu dan ketawa sendiri apabila berhadapan dan melihat gelagat insan ini...Walaupun banyak yang ku tahu, tapi biarlah masa yang membenarkan insan ini intuk berpura2 di depanku..Biarlah insan ini menggunakan sepenuhnya deria kata2 yang diberikan oleh Ilahi.. Apa yang dilakukan oleh kita pada hari ini akan di hisab.Pesan abah, jangan mudah terperdaya dengan title dan perwatakan luaran seseorang, dunia akhir zaman ini, banyak perkara yang tidak boleh diambil percaya..Pesan mak juga begitu..Bersyukur ku disini, kerana aku masih dikelilingi rakan2 yang memandu jalanku..

Pesan ku: tidak perlu menjadi pelakon di pentas, sekiranya berniat untuk menambah sesedap rasa kehidupan pentas orang lain. Dan tidak perlu juga untuk mengadu domba kepada orang lain sekiranya berniat untuk meletakkan semua kesalahan terhadap diri orang lain..Jangan fikir orang lain (atau diriku) tidak tahu, kerana tangan ini selalu menadah tangan meminta petunjuk Ilahi. Perasaan hati dan diri ini, merasakan terlalu banyak dianiayai dan dizalimi..jangan terlalu pantas untuk berkata2, kerana sekali Allah tarik pemberian itu, jangan ada rasa sekelumit pun rasa kesal.

Tinta akhir: Banyak hati yang perlu dijaga..hanya yang memahami sahaja yang faham maksudku..


Secebis kata: Ya Allah, seandainya badai fitnah dan suu'dzhon menimpa terhadap diriku dan terdapat unsur2 pembohongan dan jelas ia menganiayaiku , menzalimiku dan menjatuhkan maruahku sebagai seorang muslimah, Aku memohon petunjuk-Mu dan hanya menyerah pada-Mu untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada mereka ini... Ameen






Thursday, June 11, 2009

Dengarlah duhai sahabat


Sahabat,
Asif jiddan ya sohabati..Terasa tenang kalbuku untuk mendengarnya...
Seakan2 terasa hampir denganku,
Tetapi, kenapa ia semakin jauh meninggalkanku..
Sahabat, kenapa begitu kaku lidahmu??...
Kenapa perlu ada perasaan ego dan angkuh yang membatasi diri.
Adakah mungkin, terlalu tinggi ilmu didaki maka terlalu sukar untuk dituruni..
Opss..Maafkan aku sahabat..Aku perlu untuk husnu zon sentiasa.
Astaghfirullahalazim..
Kenapa?

Kerana engkau sahabatku..


Sahabat,
Jangan gemar melihat kekurangan orang sehingga terlupa kekurangan diri sendiri.
Aku terlalu menyayangi dirimu sebagai sahabatku.
Aku bisa menerima kesilapanmu.
Kerana aku bisa menerima kelebihanmu..
Kerana aku, manusia biasa ..

Sahabat,
Aku tidak mahu terlalu membencimu, kerana mataku masih lagi boleh melihat kemulianmu..
Sakit aku membencimu..sakit lagi aku mengasihi dirimu ...


Sahabat,
Adakah kau bisa mengerti perasaanku ini???
Kenapa hanya aku sahaja yang mahu merasa pedih??
Kenapa tiada tangan yang mahu menghulur, di saat aku memerlukan tanganmu???
Tetapi, Aku masih ada Allah untuk aku garapkan perasaanku ini


Sahabat,
Kelembutanku untukmu, untuk mencari ketenanganmu
Kesabaranku untukmu, kerana kemaafanku masih lagi ada untukmu
Jangan biar fitnah beraja di mata
Takutlah pada janji Allah!!!
Pandanglah pada mata hati wahai sahabatku...
Aku setia menantimu


Anda sedang bercouple ya?

Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.
Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh
Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.
Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.
Taubat yang memenuhi tiga syarat:
i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "