Sunday, August 9, 2009

Jom relax sekejap...


Al-Hadith
Hadith 1

Daripada an-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya, saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal kebajikan dan dosa. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kebajikan itu ialah baiknya budi pekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam dada ( yakni hati ) dan engkau tidak suka kalau hal itu diketahui oleh orang banyak."


(Riwayat Muslim)


Hadith 2

Daripada Athiyyah bin 'Urwah as-Sa'di as-Shababi r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Seseorang hamba itu belum sampai kepada tingkat kalangan orang-orang yang bertaqwa, sehingga dia meninggalkan sesuatu yang tidak ada larangan kerana takut kalau-kalau dalam hal itu ada sesuatu larangan (iaitu hal-hal yang syubhat).


"Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.


Hadith 3

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tiada kehasadan yang dibolehkan melainkan dalam dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta, kemudian ia mempergunakan guna menafkahkannya itu untuk apa-apa yang hak dan seseorang yang dikurnia oleh Allah akan ilmu pengetahuan, kemudian ia memberikan keputusan dengan ilmunya itu serta mengajarkannya pula."

No comments:

Post a Comment