Sahabat,
Asif jiddan ya sohabati..Terasa tenang kalbuku untuk mendengarnya...
Seakan2 terasa hampir denganku,
Tetapi, kenapa ia semakin jauh meninggalkanku..
Sahabat, kenapa begitu kaku lidahmu??...
Kenapa perlu ada perasaan ego dan angkuh yang membatasi diri.
Adakah mungkin, terlalu tinggi ilmu didaki maka terlalu sukar untuk dituruni..
Opss..Maafkan aku sahabat..Aku perlu untuk husnu zon sentiasa.
Astaghfirullahalazim..
Kenapa?
Kerana engkau sahabatku..
Sahabat,
Jangan gemar melihat kekurangan orang sehingga terlupa kekurangan diri sendiri.
Aku terlalu menyayangi dirimu sebagai sahabatku.
Aku bisa menerima kesilapanmu.
Kerana aku bisa menerima kelebihanmu..
Kerana aku, manusia biasa ..
Sahabat,
Aku tidak mahu terlalu membencimu, kerana mataku masih lagi boleh melihat kemulianmu..
Sakit aku membencimu..sakit lagi aku mengasihi dirimu ...
Sahabat,
Adakah kau bisa mengerti perasaanku ini???
Kenapa hanya aku sahaja yang mahu merasa pedih??
Kenapa tiada tangan yang mahu menghulur, di saat aku memerlukan tanganmu???
Tetapi, Aku masih ada Allah untuk aku garapkan perasaanku ini
Sahabat,
Kelembutanku untukmu, untuk mencari ketenanganmu
Kesabaranku untukmu, kerana kemaafanku masih lagi ada untukmu
Jangan biar fitnah beraja di mata
Takutlah pada janji Allah!!!
Pandanglah pada mata hati wahai sahabatku...
Aku setia menantimu
salam adikku salwa,..sabar adalah ubat yang apling mujarab untuk kesakitan yang adik tanggung..jadikan zikir itu peneman untuk jiwa adik, ingat ye dik, bila kita menyintai Allah, Dia tak kan pernah menyakiti kita..akak sentiasa bersama adik...sabar, akak sayang kan adik akak ni..
ReplyDeleteNa am sohe jiddan ya sohibati Rahmah
ReplyDeleteلاحولا ولا قوة الا بالله العلي العظيم 😥
Apa makna nya sahabat.
Bole jelaskan