Friday, December 25, 2009

99 Langkah menuju kesempurnaan IMAN


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat.
02. Sabar apabila mendapat kesulitan.
03. Tawakkal apabila mempunyai rencana/program.
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.
08. Jangan usil dengan kekayaan orang.
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain.
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.
11. Jangan tamak kepada harta.
12. Jangan terlalu mengimpikan akan sesuatu kedudukan.
13. Jangan hancur kerana kezaliman.
14. Jangan goyah kerana fitnah.
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram.
17. Jangan sakiti ayah dan ibu.
18. Jangan usir orang yang meminta-minta.
19. Jangan sakiti anak yatim.
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar.
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid).
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu.
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid.
25. Biasakan solat malam.
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah.
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat.
28. Sayangi dan santuni fakir miskin.
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.
30. Jangan marah berlebih-lebihan.
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah.
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran.
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi.
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan.
36. Jangan percaya ramalan manusia.
37. Jangan terlampau takut miskin.
38. Hormatilah setiap orang.
39. Jangan terlampau takut kepada manusia.
40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala.
41. Berlakulah adil dalam segala urusan.
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah.
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.
45. Perbanyak silaturrahim.
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam.
47. Bicaralah secukupnya.
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya.
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu.
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin.
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga.
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan.
54. Hormatilah kepada guru dan ulama.
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi.
56. Cintai keluarga Nabi saw.
57. Jangan terlalu banyak hutang.
58. Jangan terlampau mudah berjanji.
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara.
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh.
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar.
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu.
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita.
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi.
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya.
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita.
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan.
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain.
71. Jangan membiasakan berkata dusta.
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian.
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab.
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita.
76. Jangan membuka aib orang lain.
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita.
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana.
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan.
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara.
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.
85. Hargai prestasi dan pemberian orang.
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan.
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita.
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu.
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana.
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita.
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.
93. Jangan cepat percaya kepada khabar angin yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya.
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban.
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri.
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan.
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakkan.
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Meneliti aib sendiri


Apabila pilihanraya kecil disesuatu kawasan akan diadakan, kita akan mendengar ceramah dari parti-parti politik yang akan bertanding. Dalam usaha untuk memenangi pilihanraya kecil, kita sering mendengar kisah baik dan buruknya calon yang akan bertanding.

Segala keburukan tentang calon tersebut akan didedahkan oleh parti lawan kepada pengundi sehingga mengeluarkan aib seseorang walaupun perkara itu benar atau sebaliknya.

Begitu juga di dalam masyarakat kita, tak kira di mana pun kalau ada kesempatan saja , ada saja aib tentang seseorang yang akan kita bincangkan. Macam mana umat Islam nak maju ke hadapan.

Mungkin sudah tidak terhitung seberapa banyak aib daripada seseorang yang telah kita ungkap di hadapan khalayak ramai.

Dan betapa kita mungkin merasa nikmat kerana telah memperbincangkan hal ikhwal tentang aib seseorang, meskipun kita sendiri sesungguhnya belum yakin akan kebenaran berita dan aib dari orang yang kita bicarakan tersebut. Begitu ringannya lidah kita melancarkan sebuah kalimat yang kita tidak tahu apakah kalimah tersebut membawa keredhaan Allah SWT atau mungkin malah mendatangkan kemurkaan-Nya - Semoga Allah SWT lindungi kita dari hal demikian.

Imam Hasan Al Bashri dalam kalamnya (ucapannya) menyebutkan bahawa,

"Engkau tidak akan memperolehi hakikat iman selama engkau mencela seseorang dengan sebuah aib yang ada pada dirimu sendiri. Perbaikilah aibmu, baru kemudian engkau perbaiki orang lain.
Setiap kau baiki satu aibmu, maka akan tampak aib lain yang harus kau perbaiki. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya, hamba yang paling dicintai Allah adalah dia yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri. "

Semoga petikan ucapan ringkas dari Imam Hasan Al Basri di atas cukup dan boleh menjadi renungan buat kita bersama dan semoga hal ini menjadi motivasi bagi kita untuk tiada henti-henti menilai diri dan berhati-hati dalam setiap ucapan yang akan kita buat.
Astaghfirullahal 'adhiim,


Created by Mahamad Bokkhari Bin Mohamad

Thursday, December 24, 2009

Kenapa aku diuji???


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”Surah Al-Ankabut ayat 2-3.


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”Surah Al-Baqarah ayat 216.


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”Surah Al-Baqarah ayat 286.


RASA FRUST?

“Janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sebab kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.”Surah Al-Imran ayat 139.


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan ).”Surah Al-Imran ayat 200.



“Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”Surah Al-Baqarah ayat 45.


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”Surah At-Taubah ayat 111.


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”Surah At-Taubah ayat 129.


AKU TAK DAPAT TAHAN!!

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa rahmat Allah melainkan kamu yang kafir.”

Surah Yusuf ayat 12.


SABAR itu IMAN, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tidak berteman. Silence is golden when you don’t have a good answer.


AKAL senipis rambut dengan ILMU.
HATI serapuh kaca dengan IMAN.
NALURI selembut sutera hiasi dengan TAQWA

Created by Mohamad Bokkhari Bin Mohamad






Monday, December 21, 2009

Ilmu bukan sekadar dilafazkan, tetapi dizahirkan.........Untuk mu Muslimah

‏وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
سورة النور آية 31


” Dan katakan juga pada wanita-wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluan kamu” -Surah AnNur: 31.


Dari mata jatuh ke hati. Tidak bertemu, perit di hati

Engkaulah ratu hati, pengubat jiwa nan lara, Tika bersama bagai dunia ini kita yang punya. .


Telah dikhabar kan dan diriwayatkan dari Suhail bn Abi Salih, dari ayahnya, diriwayatkan dari abu Hurairah telah berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:


Setiap langkah anak adam ada zinanya, Dua mata berzina; dan zinanya adalah melihat, dan tangan berzina dan zinanya adalah menyentuh, dan kaki berzina dan zinanya adalah berjalan(ke tempat yg haram), dan mulut kita berzina, dan zina kita adalah berciuman, dan hati juga berzina, dan zinanya adalah berangan-angan dan samada menyanggupi, membenarkan atau tidak kemaluan kita akan perkara itu.” - Sunan Shugra *


Lihatlah jiwamu yang kian mati itu Apakah sebabnya?
Lihatlah hatimu yang kian pudar rasa taqwa padaNya Apakah puncanya.?

Ibn Qayyim telah menyebut di dalam kitabnya Di antara kelebihan menundukkan pandangan kepada perkara yg tidak harus antaranya adalah:-

1) Dikurniakan firasat yang benar

2) Diberi ketenagan dan kelapangan hati. Wahai abduh Suburkan saja rasa taqwa itu Jangan

biarkan ia mati
Ta’liq:

Hidup kita sehari-hari memang tidak dapat lari dari bertemu manusia. Di mana sahaja, melainkan kita berada di dalam rumah. Namun, walau di dalam rumah tetap kita melihat dunia luar melalui media massa atau elektronik. Sebagai manusia, kita diberi wahyu untuk memimpin akal, dengannya dapat kita membuat batasan agar kita tidak jatuh di dalam lembah kehancuran. Kita memang tidak dapat mengelak daripada bertemu lelaki atau perempuan di dalam kehidupan kita. Mata yang merupakan cermin pada hati, ibarat kamera ajaib perlu dipimpin agar ianya bersih dari kotoran dunia yang menggelapkan hati dari mengingati Allah. Walau bagaimanapun di dalam kita menyusuri harian yang kita akan bertemu ajnabi di kelas, perpustakaan, pasar, jalanan maka di sinilah “menundukkan pandangan ” perlu diaplikasikan. Menundukkan pandangan bukanlah bermakna kita menundukkan pandangan hingga jalan pun tidak kelihatan. Menundukkan pandangan ialah menundukkan penglihatan daripada memandang perkara yang haram.


Percayalah, kita bukan mengejar status thiqoh dari ertikata manusia sekarang, tapi kita ingin bersih hati dengan bersih mata menurut definasi syara’.


Kita hanya ingin “thiqoh” pada pandangan Allah, lantas mendapat tempat di sisiNya nanti. Kita harus berebut-rebut mengejar cinta Allah! Lebih dari segala isi dunia ini.Kita dibenarkan menurut para’ ulama’ berdasarkan dalil-dalil syara’ memandang ajnabi semasa urusan muamalah, perhakiman, meminang dan urusan syarie yang lain.

Memandanglah menurut batasan syara’ dan percayalah kesannya akan membawa kepada ketenangan pada hati dan khusyu’ di dalam solat. Wara’ bukanlah hanya pada pakaian sahaja, walaupun pakaian merupakan gambaran aplikasi Sunnah dan kecintaan pada Sunnah dan penta’biqan keimanan jika disusuli dengan ikhlas, namun wara’ adalah dengan menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, meninggalkan dosa-dosa besar dan tidak melazimi dosa kecil.

Betapa ramai manusia hari ini terjebak di dalam dunia percintaan, atau pra-percintaan atas nama berkawan, membenarkan liar mata tanpa kawalan. Keluar bersama, makan bersama, kata mereka kami tidak membuat apa-apa; lagipun di kalangan ramai orang. Adakah kita terlupa, apakah jaminan orang awam itu yang tiada ulama’ pun mengatakan ianya mahram yang merupakan syarat lelaki-perempuan ingin bersunyian bersama? Menghalang anda memandang dan melakukan zina mata yang merupakan panahan daripada panahan syaitan menurut Saidina Ali KaramAllahuwajhah? Lantas melakukan apa yang diharamkan Allah iaitu menghampiri zina? Jelas, akan disusuli pula dengan langkah-langkah seterusnya membawa kepada zina yang lain pula. Semuanya oleh kerana mata.

Di sini, Islam menurut maqasid syara’ menurut salah satu dari objektifnya yang lima iaitu menjaga keturunan menjadikan ” saddu adzhraie” atau menghalang jalan yang membawa kepada perkara tersebut dengan mengharamkan perkara yang boleh membawa kepada zina. Bukan juga bermakna sudah tiada adab muamalah, namun andai ada urusan syarie dengan batasan syara’ kita meraikannya dengan mizan yang ALLAH telah tetapkan. Kita menghormati perbualan dengan adab sopan dan santunan syara’. Ini keperluan.


Dalam dunia yang sangat tiada apa ini, apakah yang dapat kita harapkan melainkan cinta, Redha dan pengampunan Allah dengan mentaatinya. Tidak susah, percayalah andai benar-benar mengenali siapa Allah dan mengapa kita hidup di dunia. Namun begitu, usah khuatir. Dosa dan maksiat kita ubatnya taubah. Sayang ALLAH pada kita, andai kita kembali padaNYA. Tiada dosa tidak diampunkan melainkan syirik. Setiap manusia yakni kita ada jalannya menuju ALLAH jika benar-benar mencari ALLAH. Khilaf di sana-sini. Carik di sana sini, jika diteknuni dengan penyesalan, taubah dan rasa malu pada ALLAH, pasti membuat pengampunan dan cinta dari ALLAH. Tersilap sekali dua, walaupun sekejap ia merupakan siksaan pada hati namun ada penawarnya. Kembali pada ALLAH. Asal sahaja kita tidak pernah berasa benar dengan maksiah dan mencipta alasan melakukan maksiah. Kepada ALLAH kita kembali. Jangan diulangi, itu pasti. Dosa jangan dilazimi dengan takabbur. Seperti taat juga jangan disulami dengan kibriya’ rasa besar diri. Itu berbahaya. Semoga ALLAH mengampuni kita semuanya.


Yang juga punya mata untuk dijaga,
Yang punya mata derhaka kepada TuhanNya

Yang punya mata berdosa kepada TuanNya

Yang punya mata tidak malu kepada penciptaNya

Tuesday, December 1, 2009





29 APRIL 2010....