Thursday, June 11, 2009

Dengarlah duhai sahabat


Sahabat,
Asif jiddan ya sohabati..Terasa tenang kalbuku untuk mendengarnya...
Seakan2 terasa hampir denganku,
Tetapi, kenapa ia semakin jauh meninggalkanku..
Sahabat, kenapa begitu kaku lidahmu??...
Kenapa perlu ada perasaan ego dan angkuh yang membatasi diri.
Adakah mungkin, terlalu tinggi ilmu didaki maka terlalu sukar untuk dituruni..
Opss..Maafkan aku sahabat..Aku perlu untuk husnu zon sentiasa.
Astaghfirullahalazim..
Kenapa?

Kerana engkau sahabatku..


Sahabat,
Jangan gemar melihat kekurangan orang sehingga terlupa kekurangan diri sendiri.
Aku terlalu menyayangi dirimu sebagai sahabatku.
Aku bisa menerima kesilapanmu.
Kerana aku bisa menerima kelebihanmu..
Kerana aku, manusia biasa ..

Sahabat,
Aku tidak mahu terlalu membencimu, kerana mataku masih lagi boleh melihat kemulianmu..
Sakit aku membencimu..sakit lagi aku mengasihi dirimu ...


Sahabat,
Adakah kau bisa mengerti perasaanku ini???
Kenapa hanya aku sahaja yang mahu merasa pedih??
Kenapa tiada tangan yang mahu menghulur, di saat aku memerlukan tanganmu???
Tetapi, Aku masih ada Allah untuk aku garapkan perasaanku ini


Sahabat,
Kelembutanku untukmu, untuk mencari ketenanganmu
Kesabaranku untukmu, kerana kemaafanku masih lagi ada untukmu
Jangan biar fitnah beraja di mata
Takutlah pada janji Allah!!!
Pandanglah pada mata hati wahai sahabatku...
Aku setia menantimu


Anda sedang bercouple ya?

Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.
Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh
Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.
Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.
Taubat yang memenuhi tiga syarat:
i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "

Ucap "sayang" kepada yang bukan mahram ??

SOALAN:Dulu saya pernah meminta nasihat daripada seorang lelaki. Dia juga ingin mencari seorang lelaki soleh untuk saya. Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mel. Dia juga meminta biodata dan ingin tahu perwatakan saya. Sekarang, saya terkesan dengan setiap percakapannya. Dia pernah menyatakan dia menyayangi saya kerana ALLAH. Bolehkah seorang lelaki yang bukan mahram menyatakan sebegitu kepada saya? Bagaimanakah cara untuk saya menyelesaikan perkara ini?
JAWAPAN:Tidak patut bagi mana-mana lelaki menyatakan hal ini kepada mana-mana wanita yang bukan mahram (individu yang boleh dinikahi) dengannya. la boleh menyumbang kepada fitnah hati kerana terpikat dengan kata-kata tersebut. Perbuatan seperti ini dilakukan oleh kebanyakan lelaki dengan niat yang baik, harapan dan istiqamah. Tetapi ia adalah cara yang salah dan haram disisi agama.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dosa adalah apa yang terdapat di dada kamu dan kamu benci jika diketahui oleh manusia. " - Hadis riwayat Muslim: 4632.
Lelaki tersebut mesti menyembunyikan perkara ini daripada orang lain. Usaha untuk mencari jodoh yang baik amat digalakkan. Usaha ini akan dinilai oleh ALLAH. Tetapi janganlah kamu mengambarkan perwatakan kamu secara berlebihan padanya.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak boleh bagi seorang wanita bercampur dengan wanita lain, kemudian menceritakan halnya kepada suaminya seolah-olah suaminya dapat melihatnya sendiri. Hadis riwayat Muslim: 5240.
Kamu boleh mengambarkan perwatakan kamu sekadar apa yang diizinkan syarak jika dia ingin melamar kamu, iaitu muka dan tapak tangan. Tapi ini dikhususkan bagi lelaki yang benar-benar ingin menikahi kamu. Lelaki tersebut pula perlu meminta nasihat orang yang berilmu atau orang tengah untuk melihat wanita yang ingin dilamar tanpa pengetahuannya (wanita tersebut).Selain itu, kami nasihatkan agar kamu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Pohonlah keampunan daripada ALLAH di atas segala yang berlaku. Berwaspadalah ketika bermuamalat (bergaul). Jauhkanlah diri daripada fitnah yang boleh menjauhkan kamu daripada rahmat ALLAH. Untuk makluman kamu, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu, jagalah peribadi kamu sebagai wanita solehah agar tidak menyebabkan orang lain terjebak dalam dosa.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.” - Hadis riwayat al-Bukhari: 4706 dan Muslim: 4923.
Sabda Rasulullah s.a.w., “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis, ALLAH melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita.
Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.” –Hadis riwayat Muslim: 4925
Di antara keelokan Islam seseorang Muslim ialah dengan meninggalkan perkara2 yang tidak layak dengan dirinya", H.R. Al- Bukhari dan Muslim
(Sumber islamonline.net)
Wallahua'lam

Wednesday, June 10, 2009

Hati yang sedar dan hati yang lalai



Allah tidak memandang kepada kekayaan , kecantikan dan kepintaran kita dalam melakukan sesuatu perkara tanpa disertai niat yang lahir dari hati yang benar-benar ikhlas . Semua manusia mapu berbicara mengenai hati tetapi tidak mampu memelihara dan mengawal ia daripada sifat-sifat yang kotor seperti amarah, hasut, benci,takabbur, riak dan ujub.


Malah rupa sahaja yang cantik tetapi hati gelap dirasuki syaitan dan nafsu. Ego untuk menerima teguran , berbangga dengan kepetahan bercakap di khalayak ramai tanpa mempraktikkan apa yang disampaikan, mengatakan diri sahaja yang betul , merasa diri hebat daripada orang lain, memandang orang lain dengan pandangan hina, itulah antara penyakit hati yang mewarnai kehiupan umat Islam hari ini.


Ketahuilah sahabat yang dikasihi semua ujian hati ini akan lebih teruji pada insan-insan yang bekerja untuk Islam. Mereka ynag faqih dengan ajaran Islam, yang selalu berpesan pada kebenaran. Ia tidak pernah disedari sebati di dalam jiwa kita, terpalit seperti terpalitnya najis di kain putih yang sebelumnya tidak pernah dikotori. Air mata yang insaf tidak mampu membersihkannya kerana hati sering mentaati bisikan mungkar yang mengajak mengulanginya.Hati yang sedar berbeza daripada hati yang lalai.Hati yang sedar sentiasa menginsafi akan hakikat kejadiannya pada masa orang lain tidak menyedarinya. Hati ini faham bahawa ia dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah swt sahaja.Taat dan patuh kepada segala perintah tanpa soal atau merasa keberatan.


Hati yang sedar ini juga insaf bahawa ia akan kembali kepada Allah dan dipersoalkan tentang segala apa yang telah dilakukan di dunia.Hati yang sedar yakin dan benar-benar beriman kepada Allah swt . Hati yang sedar adalah hati yang gementar terhadap kekuatan allah , hati yang berman kepada Allah dan hari akhirat serta rukun iman yang lain juga rela mengorbankan segala jiwa dan raga untuk perjuangan Islam. Imannya sentiasa menjadi pemancar untuk setiap amalannya. Apa jua yang dilakukannya hanyalah untuk mendapat keredhaanNya. Sentiasa terbayang akan janji-janji Allah dibenaknya yang tidak terpaut dengan dunia dan takut dengan siksaan Allah kelak.


Hati yang lalai membenci dan menentang kebenaran.Redha bersama kebathilan yang ada walaupun mengecapi nikmat Allah tanpa bersyukur. Hati yang sedar akan sering menjaga syaksiah dan akhlaknya. Mudah mengukir senyuman dan memberi salam, menghormati dan meraikan sahabat ketika bercakap. Hati yang sedar akan sering bermunajat dengan Allah di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak tidur......................


YA ALAH..... KU INSAN YANG HINA DAN TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU. KAU PELIHARA AKU...LINDUNGI AKU...KUGAGAHI DIRI INI UNTUK BERTEMU MU, PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN RAHMATMU YA ALLAH.... DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU..

Tuesday, June 9, 2009

Kenduri Kahwin

Cuti sekolah dan kenduri kahwin ibarat dua perkara yang sinonim. biasanya bila cuti sekolah menjelma, maka banyaklah pula jemputan ke kenduri kahwin sama ada dari sedara-mara ataupun kawan-kawan sendiri




menjangkau umur pertengahan 20-an, maka lagi ramailah kawan-kawan aku yang berkahwin..







Antara hikmah berkahwin, seseorang itu telah menyempurnakn sebahagian dari agamanya kerana dia telah mengelakkan dirinya dari melakukan zina, kerana zina itu salah satu dari dosa besar..Akhirnya sempurna..

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat-sahabiyah, sedara-mara yang baru berkahwin..tak lupa juga kepada pengantin lama..imbaslah kembali memori kenangan bahgia bersama pasangan, insyAllah mampu menceriakan rumahtangga


Salam Mahabbah..Salam Mawaddah war rahmah

Wednesday, June 3, 2009

Mata Hati- Hijjaz

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Mimpi

Menurut Dr. Yusuf Al-Qadawi, mimpi tidak boleh dijadikan hujjah..tapi adakah mimpi akan membawa makna dalam kehidupan..

Beberap minggu lepas, usai solat Isyak, aku baca doa istikharah minta diberi petunjuk akan suatu perkara..2 minggu selepas itu, aku mendapat satu mimpi, mimpi tu seolah-olah memberi jawapan pada persoalan aku..tapi akal aku cuba menafikan jawapan mimpi itu sekaligus cuba melawan pandangan hati..

Tidak lama selepas itu, aku berjumpa dengan seorang Ustazah Senior di ofis aku dan cuba meminta pendapat daripadanya..Hasil perjumpaan memuaskan..

2 hari lepas(cuti Hari Gawai) aku dikejutkan dengan satu mesej yang tidak disangka-sangka..tapi aku tetap cool dalam menghadapi apa jua situasi..mugkin aku telah dilatih dari dulu untuk berhdapan dengan apa jua situasi..aku reply mesej tu gan pa yang aku rasa aku nak cakap..

Semalam aku mendapat satu cerpen beserta satu surat yang merupakan jawapan kepada mesej hari sebelumnya..Kini..aku rasa aku dah tau pe jawapannya..Biar masa yang menentukan..

Tiflun Saghir

Tiflun saghir

Setelah mendapatkan beberapa buku yang aku inginkan di kedai buku Daarut Tauzi', aku menaiki bas pulang ke rumah sewaku di Hay El Asher, kawasan paling banyak didiami oleh mahasiswa dari Asia Tenggara di bumi Anbiya’ ini. Ketika bas melewati pasar Sayyeda Zainab, semakin ramai penumpang menaiki bas. Ruangan dalam bas yang sedia sempit tambah berhawa dan merimaskan. Peluh yang bergeluyutan* di dahi segera kuseka dengan tuala kecil yang sentiasa kubawa dalam poket seluar.

Sebaik sahaja sampai di rumah aku meletakkan buku-buku yang kubeli di atas meja di ruang tamu dan meluru ke dapur. Peti sejuk kuselongkar. Mujur laban* pemberian Ammu* Hassan semalam masih berbaki. Pantas kuteguk habis. Ammu Hassan seorang peniaga di kawasan tempat aku menetap. Lelaki berjanggut lebat dan berbadan gempal itu peramah amat. Sesiapa sahaja pasti menyenanginya apabila bergaul dengannya. Satu kebiasaan orang Arab yang kuperasan, mereka cukup teruja dengan orang yang berkebolehan mempercantik dan memperelokkan bacaan Quran atau dalam bahasa mudahnya orang yang punya suara yang merdu. Entah daripada siapa Ammu Hassan mengetahui aku miliki kurniaan Allah yang satu itu. Mungkin teman-teman serumahku yang mengkhabarkan kepadanya. Kebetulan, kami sendiri agak rapat dengan lelaki kelahiran Kaherah itu. Setiap kali aku berkunjung ke kedainya, dia akan meminta aku membacakan beberapa potong ayat Al-Quran. Apabila permintaannya kupenuhi, dia memberi kepadaku laban atau Tha’miyah bil Baidh* sebagai upah. Kadang–kala diberinya a’sir a’sob*. Aku baru sahaja beberapa hari tiba di Mesir setelas pulang bercuti di tanah air. Teman-teman serumahku lain belum pulang lagi kecuali Hadi dan Khairul. Entah ke mana dua rafik*ku itu pergi. Sejak pulang tadi, kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Aku menghenyakkan tubuh di atas katil. Lebih kurang setengah jam lagi waktu Asar akan menjelang. Cadangnya, aku mahu melelapkan mata seketika buat menghilangkan penat yang menghinggapi tubuhku. Namun, mataku tidak mahu pejam. Ingatanku melayang kembali ke kampung halaman dan singgah pada wajah kanak-kanak bermata bundar itu . Wajahnya memenuhi segenap jihat ingatanku. Ya, Tiflun Saghir itu!
~~~ @>>-----<<@ ~~~

“ Mengapa adik bersendiri di sini? Mengapa tidak bermain bersama-sama kawan–kawan lain? Mereka pulaukan adik ke? ” Bertalu-talu aku menyoal seorang budak yang kukira berusia dalam lingkungan tujuh tahun. Dia kulihat duduk memeluk lutut sambil menekur bumi tidak jauh dari sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain galah panjang. Bagai ada suatu tarikan mendorong aku menghampiri kanak-kanak berwajah bening itu. Aku membatalkan niat untuk berjalan-jalan di persisiran pantai sebaliknya melabuhkan punggung tidak jauh darinya. Tidak semena-mena, butiran-butiran jernih menitis di pipi munggilnya. Aku kaget. “ Mengapa ni? ”Tangisannya kian lebat. Aku mengusap lembut belakang tubuhnya dalam usaha memujuk.“ Abang, Adi takut, ” sedu sedan kedengaran di hujung suaranya. “ Apa yang kamu takutkan? ” lurah-lurah halus terukir di dahiku. Rasa bertembung dua keningku bagai bersatu. “ Adi teringatkan firman Allah kepada orang-orang beriman supaya menjaga diri dan ahli keluarga mereka daripada bahang neraka. Adi takut dibakar dalam neraka,” aku terlopong. Mataku sedikit terbelalak. Atma*ku diserbu mancarasa. Kagum bersulam gerun. “ Sudah jangan menangis lagi. Kamu masih kanak-kanak. Masih belum akil baligh. Allah tidak akan menghumban kamu ke dalam neraka,” sambil mengesat air matanya, budak yang membahasakan dirinya Adi itu mendongakkan kepala memandang tepat ke wajahku. Fikirku, dia telah berjaya kupujuk.“ Abang pernah melihat orang hidupkan unggun api? Yang pertama sekali mereka akan letak ialah ranting-ranting kayu yang kecil . Setelah api marak, barulah kayu-kayu atau dahan yang lebih besar dicampakkan. Sudah tentu kanak-kanak seperti Adi dahulu dihumban dalam neraka sebelum dibakar orang dewasa.”Subhanallah! Berkali-kali kalimah itu mercup* di tubir bibirku. Aku tidak menjangkakan kanak-kanak sepertinya mampu berfikir sejauh itu. Aku terpempan. Dengan esakan masih berbaki di hujung suara budak itu mohon diri pulang ke rumah meninggalkan aku dalam keadaan teruja. Melalui beberapa kenalan, aku mendapat tahu Adi telah menghafal 30 juzuk Al-Quran. Malah mereka turut mendakwa Adi boleh bercakap dalam beberapa bahasa yang pelik sehingga dia dianggap sebagai budak ajaib. Pernah suatu ketika, Adi berkejar ke pantai menghalang para nelayan turun ke laut. Katanya laut bakal bergelora dan angin bakal menggila sedang ketika itu bukan musim tengkujuh. Amarannya dipandang sebagai gurauan anak kecil. Akhirnya, perkara yang dikhabarkan Adi benar-benar berlaku. Kumpulan nelayan yang turun ke laut terperangkap dalam ribut yang entah datang dari mana. Alhamdulillah , mujur tiada yang terkorban.“ Adi mahu jadi apa bila besar nanti? ” Aku mengecilkan langkah kaki. Kasihan pula aku melihat Adi terpaksa berlari-lari anak mengejar langkahku. Angin petang berpuput mesra. Aroma air laut menerawang menerobosi indera bauku. “ Adi mahu cipta satu satelit yang nenggunakan Al-Quran sebagai kata laluan. Nanti umat Islam dari seluruh dunia dapat berhubung sekaligus bersatu kembali. Setelah umat Islam bersatu, tiada sesiapa lagi yang berani memperlekehkan umat Islam. Malah, saat itu kita dapat mengulangi sejarah kegemilangan tamadun Islam yang pernah kita kecap sebelum jatuhnya empayar agung Utmaniyyah pada tahun 1924. Salahuddin al-Ayubbi ke-2 akan muncul untuk membebaskan kota suci Baitulmaqdis dan Adi berharap Adilah Salahduddin itu,” bicara Adi petah. Rasa kagumku kepada anak kecil ini kian menebal. Aku yang menyandang gelaran mahasisiwa Al-Azhar ini pun tidak pernah menyimpan visi dan misi hidup seperti Adi. Aku malu sendiri. Adi mengingatkan aku pada suatu kisah yang berlaku kepada Amirul Mukminin, Umar Abdul Aziz. Sewaktu awal pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil ke hadapan untuk bercakap. Umar Abdul Aziz meminta kanak-kanak itu berundur dan memberi laluan kepada orang yang lebih dewasa untuk berbicara. Budak itu menjawab sopan dengan berani. “Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin! Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripadamu untuk memegang jawatan Khalifah. ”Umar Abdul Aziz tergamam dengan jawapan anak kecil itu sebagaimana aku terpana mendengar kasad* murni Adi.“ Mak cik, Pak Cik, Adi anugerah Allah yang istimewa. MaK Cik dan Pak Cik harus membantu Adi mengembangkan bakat yang dimiliki. Mungkin Pak Cik dan Mak Cik boleh bawa Adi ke ibu negara untuk mencari satu program yang boleh menyokong tahap perkembangan otaknya.” Berkerut-kerut wajah kedua-dua orang tua Adi. Aku tahu mereka tidak begitu mengerti maksudku. Aku tidak mengalah. Cutiku yang berbaki kuhabiskan ke sana ke mari untuk membantu Adi menempatkan diri di institusi yang layak untuk dirinya. Aku rasa bertanggungjawab membantu Adi. Anak kecil luar biasa sepertinya perlu ditatang dan dijaga rapi. Jika umat Islam sendiri tidak menghargainya, dikhuatiri nanti pihak Barat yang mengambil peluang mendidik anak-anak genius ini untuk menjahanamkan Islam. Siapa yang tidak kenal dengan Sukarno, antara pemidato terhebat dunia. Sukarno, dengan idea NASAKOMnya adalah anak genius Islam yang berjaya dilatih oleh Belanda untuk menghancurkan Islam. Begitu juga yang terjadi kepada Babrak Karmal, anak didik Rusia. Di bidang penulisan pula, musuh-musuh Islam telah dapat menyiapkan Hussien Heikal dan Naquib Mahfouz sebagai pedang untuk menikam Islam melalui mata pena. Aku tidak mahu Adi menerima nasib yang serupa dengan mereka. Adi antara benih berharga dalam rangka menjana kebangkitan Islam kali kedua. Kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SAW dahulu juga didokong oleh mukmin yang genius seperti Zaid bin Tsabit, Abu Hurairah, Abdul Rahman bin Auf, Salman Al Farisi, Umar Al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib. “ Bila abang akan balik ke kampung lagi? ” Sehari sebelum aku berangkat meninggalkan tanah air, Adi datang menemuiku.“ Entahlah Adi. Abang tak berani janji bila abang akan pulang lagi. Mungkin dua tahun lagi. Mungkin selepas tamat mengaji.” “ Abang, Adi berpesan buat diri abang dan diri Adi sendiri dengan wasiat yang diberikan oleh Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb. Abang, apabila kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita amatlah singkat. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas ini. Tetapi, jika kita hidup kerana fikrah untuk menegakkan Deenul Islam di atas muka bumi ini, sesungguhnya hidup kita akan lebih panjang dan bermakna. Bermula dengan bermulanya manusia dan berakhir dengan pupusnya manusia di atas muka bumi Allah ini.”Empangan air mata yang kutahan akhirnya pecah jua mendengar nasihat Adi, anak kecil yang lebih sedekad muda dariku. Aku peluk tubuh Adi kejap.

~~~ @>>-----<<@ ~~~

“ Saif, mahu a’sir a’sob tak? ” Kepala Khairul tersembul di muka pintu. Serta merta kenangan bersama Adi pecah berkecai dan tenggelam bersama gelengan kepalaku. Aku kelih* jam di dinding. Tidak lama lagi azan Asar akan berkumandang. Selepas solat aku mahu segera bersiap menuju ke Masjid Uthman Ibn Affan di Heliopolis. Malam ini akan diadakan kuliah Syeikh Yusuf Al-Qardhawi di Darul Munasabat masjid itu. Dalam hati , aku berdoa Adi akan berjaya menggapai cita-citanya. Sungguh, Adi adalah anugerah Allah buat umat Islam dan aku bersyukur kerana Allah pertemukan aku dengan Tiflun Saghir itu.

p/s: Cerpen ini diambil dari iluvislam.com