Kisah 1
Siti Khadijah r.a pernah berkata kepada Rasulullah saw, sewaktu beliau ditinggalkan oleh suaminya selama 40 hari...' Aku telah menjadi biasa tinggal seorang diri, apabila malam tiba, aku tutup kepala ku, aku labuhkan tirai, aku tutup pintu dan aku menunaikan solat seorang diri, aku matikan lampu dan pergi baring di tempat pembaringanku'...
Kisah 2
Selepas lebih kurang setahun menjalani kehidupan yang bahagia, iaitu Sayidatina Fatimah Az Zahrah, sudah pandai bercakap, dia telah kehilangan ibunda nya tersayang, kejadian tersebut menyentap kesedihan Rasulullah saw sehingga memedihkannya dan menyakitkan jiwanya yang lembut. Segala harapannya menjadi lemah dan air matanya sentiasa bercucuran, sejak kematian bonda tercinta ( Siti Khadijah ra), Sayidatina Fatimah Az Zahrah akan mencari bondanya dengan bertanya sambil mengendeng kepada ayahandanya sambil berkata, ' Ayah, dimanakah bonda?? '....
Tafsiran Ayat 32, surah An nisa'
Allah SWT memberi pahala kepada sesiapa yang mempunyai cita-cita atau niat yang baik.Tetapi jangan pula ada di kalangan umat Islam cuba meminda apa yang ditetapkan oleh Allah termasuk soal hukum halal dan haram kerana ia membawa padah kepada umat manusia seluruhnya.
Ayat ini menegur rasa tidak puas hati Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a.terhadap kelebihan yang dikurniakan Allah kepada kaum lelaki dalam pemberian harta pesaka dan tanggungjawab peperangan di mana kaum lelaki memperolehi dua bahagian dari harta pesaka sedangkan kaum perempuan hanya mendapat satu bahagian sahaja dan kaum lelaki pula diwajibkan berperang di medan peperangan manakala kaum perempuan sebaliknya.
Firman Allah yang bermaksud:"Orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang-orang perempuan pula ada bahagian daripada yang mereka usahakan..." (Surah An-Nisa': 32)
Allah memberi ganjaran pahala kepada semua pihak sama ada lelaki atau perempuan di kalangan umat Islam.Jika kaum lelaki mengerjakan satu kebajikan digandakan kepada 10, kaum perempuan pun digandakan sedemikian rupa. Ini semua adalah ketetapan Allah.
Bagaimanapun dalam masalah Mirath (pesaka) Allah membuat ketetapan tersendiri dan tidak sepatutnya ada manusia yang iri hati dengannya.
Firman Allah yang bermaksud:"Dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnia-Nya." (surah an-Nisa': 32).
Mintalah dengan Allah sesuatu yang dihajati untuk kebaikan dunia dan akhirat kamu kerana rezeki Allah dan kurniaan-Nya adalah melimpah ruah,akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Mintalah kepada Allah akan kurnia-Nya, maka sesungguhnya Dia kasih jika hamba-Nya memohon kurniaan-Nya dan semulia-mulia ibadat itu ialah menunggu kelepasan daripada penderitaan yang dialami (menunggudengan sabar).
"Ibnu Majah menceritakan sebuah hadith bahawa Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang tidak pernah berdoa, Allah murka kepadanya.
"Penyair Islam pula menyebut: "Jangan kamu meminta terlalu banyak sesuatu kepada manusia tetapi mintalah kepada Allah yang pintu-Nya tidak pernah ditutup.
"Kesimpulan yang boleh diambil di sini ialah satu perbezaan yang cukup ketara antara kemurahan atau kerahmatan Allah dengan sifat lemah yangada pada manusia di mana Allah murka jika hamba-Nya tidak meminta sesuatu kepada-Nya, sebaliknya manusia marah jika ada manusia lain banyak membuat permohonan sesuatu kepadanya.Sesungguhnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar sehingga kurniaannya tidak akan terjejas sedikit pun walau ditunaikan permohonan sekelian makhluk-Nya sejak Adam sehingga hari qiamat.
Ini dinyatakan dalam hadith qudsi bahawa sekiranya manusia dan jin yang pertama dan manusia serta jin yang terakhir sampai hari qiamat, berada di satu tempat memohon kepada Allah dan permohonan itu pula ditunaikan semuanya nescaya tidak kurang sedikit pun apa yang dimiliki-Nya bak dicelupkan jarum ke dalam laut.
Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Sumber: Bicara Muslim
No comments:
Post a Comment